Saturday, November 22, 2008

BERITA TERKINI ROMBAKAN PENEMPATAN PENGETUA DI W.P LABUAN

Pagi-pagi lagi Yusup Mohamad, pengetua SMK Pantai sms aku, menyampaikan msg guru besar (MGB) mengatakan satu rombakan pengetua akan berkuat kuasa mulai 16 Januari 2009. Dalam rombakan guru besar mulai 15 Disember 2008, 5 guru besar terlibat. Untuk kali kedua aku dikhabarkan berita pertukaran tempat pengetua. Aku sebenarnya tidak kisah di mana ditempatkan, asalkan di Labuan kerana hasratku untuk terus bertugas di Labuan kecuali jika diarahkan. Biarlah Tuan Pengarah membuat keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa. Tempoh dua tahun lima bulan aku di SMK Lajau boleh dikatakan masih terlalu baru, tapi dalam perkhidmatanku masa paling lama aku berkhidmat ialah semasa di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta selama 15 tahun termasuk dua kali aku melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana. Di tempat lain usia perkhidmatanku tidak melebihi tiga tahun, mula-mula di SJKC Kemayan genap 3 tahun, di SJKC Maran satu tahun, di PPK 15 tahun, di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel lima bulan, di SMK Setapak Indah, KL genap 3 tahun, di SMK Pantai, 11 bulan di Jabatan Pelajaran Labuan satu tahun tujuh bulan, dan di SMK lajau...tak tahu lagi..... berhijrah tentu ada hikmahnya, terimalah sahaja arahan pengarah kan?...

Kalau benar aku akan ditukarkan ke sekolah lain, aku akan terima dengan hati terbuka, walaupun akan terasa sedih dan sayu berpisah dengan guru dan staf di SMK Lajau yang bertambah akrab. Kalau diberi pilihan biarlah untuk lima tahun aku di SMK Lajau, tetapi apakan daya, terpaksalah mengikut arahan, "symp" jika kena bertukar. Susah juga nak menjangka sekolah mana aku akan ditukarkan. Biarlah di mana-mana sekolah pun tidak mengapa. Rasanya belum puas aku di sekolah ini, dan banyak lagi perancanganku untuk menambahcemerlangkan lagi SMK Lajau.

Sama-sama kita pasangkan debar menunggu surat pertukaran awal tahun 2009.

2 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

semoga cg akan terus berkhidmat di SEMELA!!! insyaallah....

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas keprihatinan, doakan saya kekal di SMK Lajau, walau bagaimanapun jika saya ditukarkan pun masih di Labuan.