Saturday, November 22, 2008

AKU MENINGGALKAN LABUAN SETENGAH BULAN KERANA KELUARGA DAN TUGAS

Aku akan meninggalkan Labuan selama setengah bulan mulai esok kerana keluarga dan tugas rasmi, antaranya aku akan menghadiri Konvensyen anakku Amirul Husni pada 25 November ini, selepas itu aku akan menghadiri Kursus TOT Induksi di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 November 2008, selepas itu aku ke IAB Utara, di Jitra Kedah dari 1 hungga 4 Disember 2008 untuk Seminar Tingkatan 6, lepas itu aku balik ke Johor menyambut Hari Raya di Muar/Batu Pahat, barulah balik ke Labuan pada 14 Disember.

Selepas itu pada 23 - 27 ke Riau, Indonesia untuk Lawatan Penandaarasan bersama Pengarah Pelajaran Labuan serta rakan pegawai JPN Labuan, guru besar dan pengetua Labuan. Lepas itu kena balik ke Labuan untuk keputusan PMR, Mesyuarat Profesional Guru, Pendaftaran Tingkatan 1 dan buka sekolah pada 4 Januari 2008.

2 comments:

amiechomel said...

Selamat bercuti dgn aman bahagia tanpa gangguan kerja... congrats for your son's convo. nanti gambar2 masa bercuti n masa pegi indon tu jgn lupa upload kat blog or FB ye...

SAHAR MISRON said...

InsyaAllah akan saya uploadkan gambar-gambar tu. Elok juga simpan gambar di alam maya ni, jimat ruang album di rumah. La ni berada di airport KLIA menunggu anak ambil, lepas itu ambil isteri. Selamat bercuti panjang...