Monday, July 20, 2009

LAMA TAK UPDATE BLOG, JUMPA LAGI ....

Agak lama juga tak update blog aku ini. Minggu lepas berkursus di Institut Aminuddin Baki, Seri Layang, Genting Highlands, Pahang... Kursus Pengurusan Pendidikan Khas selama lima hari 12-17 Julai 2009. Semasa di IAB pelbagai cerita menarik termasuklah kejayaan anak-anak SMK Lajau yang menang Johan Kuiz Pengguna Peringkat Negeri Labuan, tempat kedua pidato PNB dan tempat kedua kuiz PNB.... Pidato LHDN yang dipertandingkan di Sabah pasukan Labuan iaitu wakil dari sekolah kami dan wakil SMK Labuan gagal menyerlah, adat bertanding menang kalah perkara yang sepatutnya berlaku.

Pagi tadi dalam perhimpunan rasmi mingguan sekolah aku menyampaikan salam tahniah Datuk Mary Yap Kain Ching mentor kami di Labuan, juga konsultan Kanan IAB, beliau terbaca kemenangan SMK Lajau dalam Kuiz Pengguna dalam salah satu akhbar sebelah sini. Pagi tadi juga aku mewakili Koperasi Pelajaran Labuan bersama Tuan Hj. Ali, Pengetua SM Sains menghadiri taklimat DPMM di Liberty Port Labuan hingga tengah hari.Sebelah petangnya aku memberi ceramah Bengkel Penulisan di SMK Pantai, Labuan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5, selepas itu sempat ke sekolah semula hingga Maghrib menandatangan cek dan LPO kerana pagi esok 21 Julai aku ke IAB sekali lagi untuk menghadiri Seminar Pendidikan Kebangsaan hingga Jumaat ini, kena balik petang itu kerana 25 Julai 2009 ada Majlis Peringkat Negeri di sekolahku melibatkan Jabatan Kesihatan Labuan, difahamkan pengarahnya, Dr. Zaini sendiri akan hadir....lepas itu macam-macam acara menunggu pula....Jumpa lagi pada catatan lain.

Thursday, July 9, 2009

MESYUARAT PERSEDIAAN PELANCARAN ANTOLOGI "SEPULAU SEKASIH KITA"

Malam ini jam 830 malam di Restoran Malindo, kami AJK PERWILA bermesyuarat untuk persediaan Pelancaran Antologi Puisi "sepulau Sekasih Kita" yang dipengerusikan oleh Ketua Satu, Dr. Harun Hj. Pudin, dihadiri hampir semua AJK PERWILA. Cadangan tarikh 31 Julai 2009, perasmian oleh YB Ahli Parlimen Labuan Dato' Hj Yussuf bin Hj.Mahal bertempat di Ujana Kewangan Labuan jam 230 petang.

Acara dipenuhi dengan tarian rampaian dan selamat datang, multimedia, bacaan puisi penulis antologi, serta perasmian. Dijangka 100 orang akan hadir termasuk Ketua Jabatan yang dikenal pasti, ketua-ketua kampung, dan orang ramai dijemput sama....

Monday, July 6, 2009

MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG GAPENA DI RUMAH BARU GAPENA DI KL

Aku bercuti rehat dua hari minggu lepas untuk menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA pada 3 dan 4 Julai yang diadakan di No. 899, Jalan Belfield,(YM Dato' Tg Alauddin pernah tinggal di situ) Kuala Lumpur, dipengerusikan oleh Tan Sri Prof Emeratus Ismail Hussein. Aku dan Hj. Othman Mahali mewakili PERWILA, satu-satunya persatuan penulis di Labuan, kami menginap di Hotel Midah, tidak jauh dari Rumah Gapena. Malam 3 Julai, Majlis Perasmian oleh YB Dr. Mohd Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran. Pagi 4 Julai aku dan Hj Othman berjalan kaki sahaja ke Rumah Gapena, di pertengahan jalan Sdr. Aziz dengan kereta penuh dengan kuih-muih , tak dapat kami menumpang kereta beliau. Tidak lama kemudian Tn Hj A. Rahim Abdullah menumpangkan dengan keretanya ke lokasi. Di sana sudah ada beberapa rakan karyawan dan Jawatankuasa Kerja sedang berbual-bual, kami antara yang awal mendaftar kehadiran mesyuarat.

Agenda mesyuarat berkisar kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu, dan orang Melayu....Seronok bertemu rakan-rakan penulis dan karyawan dari seluruh negara. Mewakili PERWILA kami menawarkan Mesyuarat Agung GAPENA tahun hadapan diadakan di Labuan sempena ulang tahun 25 Tahun PERWILA.