Saturday, September 26, 2009

PENGUMPULAN LIRIK DAN LAGU SEKOLAH/MAKTAB/UNIVERSITI

SMK Lajau juga sedang dalam usaha mengumpul lirik lagu dan lagu sekolah/maktab/universiti untuk dipamerkan di Galeri Pembelajaran sekolah ini. Sehubungan itu, rakan-rakan, murid-murid, pengetua-pengetua, guru-guru dan orang ramai dipohon mengirimkan lirik lagu dan/atau lagu dengan muzik kepada:

Pengetua,
SMK Lajau,
Peti Surat 81514,
87025 W.P Labuan

atau

e-mail: saharmis@hotmail.com

Kerjasama tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

SILA HANTARKAN LENCANA SEKOLAH/MAKTAB/IPG/UNIVERSITI DALAM JPG UNTUK KOLEKSI GALERI PEMBELAJARAN SMK LAJAU

Kepada rakan-rakan, murid-murid atau bekas murid atau sesiapa sahaja, pihak kami sedang mengumpulkan lencana sekolah/maktab/ipg/universiti dalam bentuk JPG, atau lencana sebenar(sila nyatakan jumlah bayaran dan no akaun bank untuk kami bank in bayarannya)Tujuan lencana untuk dipamerkan dalam galeri pembelajaran SMK Lajau, W.P Labuan, dialu-alukan dengan penerangan lencana lengkap, sila hantar ke e-mail berikut: saharmis@hotmail.com

Contoh:

Friday, September 25, 2009

JUMPA BEKAS PELAJAR

Petang ini aku bersama isteriku, Sansiah dan anak bongsuku Naqibah keliling Labuan mencari ikan kerana dah jemu makan ayam dan daging, satu pulau keliling tak jumpa ikan, yang ada ikan kering sahaja. Kami berkereta pulang, teringat tangki minyak hampir ke E, singgah di Stesen Petronas Jalan Pohon Batu. Sedang mengisi minyak, dua remaja lengkap berpakaian kerja menegur dan menghulurkan tangan bersalaman, "apa khabar cikgu, selamat hari raya, maaf zahir dan batin" Rupanya bekas muridku Safuan dan rakannya, yang sudah lupa namanya. Seronok bertemu bekas murid. Inilah keistimewaan menjadi guru, ada sahaja yang menegur tak kira di mana. Kami berbual seketika sebelum beredar ke destinasi masing-masing. Ikan tak dapat, dapat jumpa anak murid pun rezeki juga kan? Balik ke rumah di SEC Durian Tunjung, sempat membeli pisang untuk digoreng dan tiga ikat rambutan ranum...........Kena makan ikan beku di peti sejuk malam ini...

Monday, September 21, 2009

GAMBAR RAYA KELUARGA SAHAR DAN SAMSIAH






AMIRUL HUSNI, SAHAR, SAMSIAH, AIZAT AMZAR (ATAS)
NABIHAH, NAQIBAH, NADIAH (BAWAH)

GAMBAR RAYA 2009 SAHAR MISRON DAN SAMSIAH TAIB SERTA ANAK-ANAK UNTUK TATAPAN KELUARGA, RAKAN YANG JAUH DARI LABUAN

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA KAMI SEKELUARGA DI LABUAN. Tahun ini 2009, anak-anak balik ke Labuan, semua berkumpul sekali, seronok beraya tahun ini Bergambar sekeluarga untuk kenangan, nantilah upload dalam blog ini....Raya pertama semalam, penat juga beraya ke rumah kawan-kawan dan jiran-jiran, sana makan sini makan, yalah dah sebulan tak makan siang. Malamnya Haji Othman Mahali dan anak serta cucu dan Sdr Suhaili datang beraya ke rumah, sembang sambil makan ketupat dan ayam kari, daging masak kicap....Tahun ini kami ubah konsep, tak lagi buat "Rumah Terbuka" sehari suntuk tapi "Hari-hari Terbuka".. Rasanya dapat berbual-bual panjang, yalah kalau serentak serbu kadang-kadang tak sempat nak layan...Jemputlah rakan-rakan datang ke rumah, bila-bila pun tak apa, asalkan kami ada di rumah.... sms sahaja...

Tuesday, September 8, 2009

SOLAT HAJAT DAN TERAWIH SMK MUTIARA

Majlis Solat Hajat dan Terawih SMK Mutiara diadakan di surau sekolah bermula dari waktu berbuka puasa jam 6.23 petang, turut hadir Pengarah Pelajaran Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, beliau turut menyampaikan amanat untuk kejayaan calon cemerlang PMR, SPM sekolah ini dan Labuan amnya. Semoga Nadiah, anak kami juga mendapat straight A's nanti, 9A ya... Kami ibu dan bapa serta adik, kakak, abang mendoakan kejayaanmu....InsyaAllah, cipta kejutan dan kejayaan!

Wednesday, September 2, 2009

BERCUTI DI KOTA KINABALU

Hujung cuti persekolahan lalu, aku bercuti di Kota Kinabalu bersama-sama isteri tersayang, juga anak-anakku yang perempuan di Apartment University yang lebih awal ke KK. Seronok bersama mereka berbuka dan bersahur bersama-sama. Pagi Ahad 30 Ogos kami sama-sama kembali ke Labuan. Amirul dan Aizat berpuasa di Kuala Lumpur dan Lumut. Tiket raya mereka telah kuambilkan minggu lepas lagi, dapatlah tambang murah MAS tak sampai RM800.00 dua orang pergi balik. Kami akan beraya di Labuan sekeluarga nanti, InsyaAllah. Minggu ini kembali bertugas asyik mesyuarat sahaja pagi petang, semalam mesyuarat, petang tadi mesyuarat, esok mesyuarat..... inilah tugas kan. Petang tadi Nabihah ke Imigresen untuk memohon pasport antarabangsa, terus dapat, tahniah Imigresen Labuan, cekap dan tangkas....