Monday, August 24, 2009

ZAKAT FITRAH DI LABUAN RM7.00 SAHAJA

ZAKAT FITRAH DI LABUAN HANYA RM7.00 SAHAJA SEORANG, SAMA-SAMA KITA BERZAKAT!

BERBUKA PUASA DAN SAHUR DI LABUAN SEORANG DIRI

Tahun ini ketika cuti sekolah tiga anakku bercuti bersama ibunya di Kota Kinabalu, tinggallah aku seorang diri di rumah empat bilik ini, berbuka dan berpuasa seorang diri, bertemankan beberapa ekor kucing peliharaan, sunyi juga terasa....Kupenuhi malam-malamnya dengan Solat Terawih di Masjid Kerupang, ramai juga yang bersolat di sana. Di masjid dapat juga bertemu teman-teman yang sebahagiannya guru, sedang bercuti, manakala kawan lain sibuk bekerja, malam-malam begini bertemu mengeratkan silaturrahim sesama ummah. Petang pula mencari juadah berbuka plus sahur sekali, nak masak alang-alang pula. Biarlah anak-anak dara kami yang tiga orang itu berbuka dan bersahur bersama-sama ibunya pula, dua anak teruna kami di KL, pandailah mereka membawa diri.....Semoga seluruh keluarga mendapat barakah ramadhan, bersama-sama rakan-rakan serta umat Islam seluruhnya.

Wednesday, August 19, 2009

MAKAN MALAM BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

19 Ogos 2009: Selepas perjumpaan YB Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj Mohd Puad Zarkashi dengan warga pendidikan W.P Labuan, YB dan isteri bersama Pengarah Pelajaran Labuan, pegawai JPN Labuan, para pengetua dan guru besar menikmati makan malam di Restoran Anjung Warisan, Tanjung Aru. Seronok juga apabila aku berpeluang duduk di sebelah YB Timbalan Menteri Pelajaran, kebetulan kami dari kampung bersebelahan di Senggarang, Batu Pahat, beliau dari Kg Parit Permatang dan aku dari Kampung Sungai Lurus, bersembang hal-hal kampung, juga hal-hal pendidikan. Kami di sana hingga jam 1045 malam, beliau beredar untuk bertemu kumpulan lain lain, memang sibuk YB Timbalan Menteri Pelajaran kita ini....

Thursday, August 13, 2009

Mengedit Laporan Tahunan JPN Labuan 2008

Petang tadi aku ke JPN Labuan ke Bilik RMK9 untuk mengedit Laporan Tahunan JPN Labuan 2008 bersama PP Bahasa Cik Zaharah serta Sdr Yahya dan Hjh Zaharah, kami ada masa seminggu mengeditnya....Seronok juga buat kerja yang sudah agak lama aku tinggalkan, kami mengedit dari aspek bahasa ....Sebelum itu aku sempat mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas sekolahku, dan berkongsi kursus yang aku hadiri di IAB tiga minggu lepas.

Friday, August 7, 2009

MASIH LAGI CERITA SELESEMA BABI

Dengar berita selesema babi H1N1 makin parah kebelakangan ini, guru-guru pun ramai yang mula pakai topeng muka, aku pun pakai juga walaupun kurang selesa, tapi ramai lagi yang berani tanggung risiko, aku hanya nasihat sahaja. Murid dan guru kami berikan percuma bekalan sekolah dan JPN hari Isnin lepas, tapi sekali pakai sahaja, yang hari lain kenalah beli sendiri kalau sayang nyawa.... SK Pekan 2 dan SK Pantai tutup minggu lepas, SM Sains pun kurantin, syukur sekolahku beroperasi seperti biasa, strategi kami, siapa demam jangan datang sekolah, yang demam pun kami hantar balik....

Tuesday, August 4, 2009

MINGGU INI NIKMAT BEREHAT

Minggu ini sejak balik dari IAB minggu lepas, Allah bagi anugerah sedikit, demam dan kurang sihat. Rupanya sakit ni anugerah yang tinggi nikmatnya, mungkin sudah penat bekerja, Allah bagi sedikit rehat di rumah. Aku hanya mengambil cuti rehat sejak hari Jumaat, Isnin dan Selasa ini. Walaupun ke hospital aku sengaja tidak minta MC, tidak mahu mencalarkan rekod MC yang bersih sejak tahun 1990-an dulu, lagipun cuti rehatku banyak lagi bakinya tahun ini, jarang diambil kalau tidak perlu sangat. Pagi Jumaat, pergi ke hospital Labuan mendapatkan rawatan, agak lewat, mak datuk ramainya orang, ramai yang suspect H1N1, pelajar UMS, Matrikulasi, SMS dan menengah biasa, aku menyelit. Memang badan demam, lemah pula dengan muntah dan batuk....Setelah mendapat ubat aku pulang. Paginya aku mohon CR kepada Pengarah, beliau banyak memberi nasihat dan minta aku ke hospital dapatkan rawatan, begitu juga isteriku dan anak-anakku. Aku maklumkan kepada PK 1 Puan Dona aku CR....berehat sahaja di rumah. Aku bersyukur sakitku di hujung minggu, tidaklah lama sangat bercuti. Tapi Isnin dan Selasa badan masih agak lemah walaupun muntah tidak lagi, aku mohon dua hari lagi CR kepada pengarah, beliau meminta aku banyak minum air suam, memang aku kehilangan berat badan hampir empat kg sejak sakit ni, slim sikit. Aku tidak berani menanggung risiko bermesyuarat di Jerantut dalam keadaan negara masih heboh dengan Selsema Babi ni, biarlah aku berehat sahaja di rumah walaupun tekak lain macam, makan pun kurang selera, agaknya selama ini dayh banyak makan, Allah suruh kurangkan makan. Syukurlah, sakit anugerah penuh nikmat hanya yang sakit merasainya, terimalah dengan ikhlas dan redha. Terima kasih kepada teman-teman yang mengambil berat hal kesihatan diriku. Nak jadi cerita malam Isnin anakku pula demam, esoknya aku bawa ke hospital, dek terlalu ramai, dia minta ke Klinik Swasta, klinik ayah kawan sekelasnya di bandar, dia dapat 2 hari MC, syukurlah dia menemankan aku di rumah, syukur juga sekarang dah ok dan selera makan.... Syukur kami tak ada apa-apa....Terima kasih seluruh keluarga serta rakan-rakan yang mendoakan aku sembuh cepat...