Saturday, January 31, 2009

HUJUNG MINGGU AKHIR JANUARI

Minggu ini isteriku, Samsiah tak balik kerana minggu lepas sudah bercuti agak panjang. Hari ini Sam pindah rumah dekat One Borneo. Isnin aku akan ke Kota Kinabalu, ada mesyuarat di Imperial Hotel, bolehlah tinggal sama kan... Anak-anak tinggal di Labuan, masing-masing bersekolah kan? Nanti cuti bulan Mac bolehlah mereka ikut ibunya di Kota Kinabalu....elok juga kalau masa tu ada mesyuarat di KK kan? Terima kasih kepada ERWIN yang membantu membelikan makanan semasa ketiadaan aku untuk "out station" Lagipun jiran-jiran kami semua ok. Terima kasih semua.

Monday, January 26, 2009

HUJUNG MINGGU HUJUNG CUTI

Setiap hujung minggu atau hujung cuti sudah jadi rutin kami menghantarkan isterku, ibu kepada anak-anak di Terminal Antarabangsa Labuan untuk balik ke Kota Kinabalu.Syukur sekarang taklah jauh sangat.... kalau dulu Labuan ke JB jauh tu, sekarang hujung minggu kami berkumpul di Labuan kecuali anak-anak lelaki kami yang di UITM Shah Alam dan yang kedua lelaki juga di JB tu...Waktu lain hanya jumpa dalam Internet/blog sahaja...Zaman sekarang kan, kalau dulu kena tulis surat burung merpati yang hantar sekarang, sesaat sahaja dah boleh dibaca...

Lepas hantar ibunya, dua anak daraku jalan sendiri di bandar Labuan, aku dan Naqibah singgah di UK dan kemudian balik...

Semoga Samsiah tak mabuk laut...maklumlah gelombang tengkujuh sekarang, nasib baik naik first class kan....

Sunday, January 25, 2009

KONSERT ADAM DI UK









Konsert Adam Akademi Fantasia pada 24 Januari jam 9.00 malam menarik penonton terutama golongan remaja. Tiga anak perempuanku Nabihah, Nadiah dan Naqibah turut sama di UK (Ujana Kewangan) Labuan, bukan United Kingdom!! Kumasukkan gambar persembahan ADAM....

Friday, January 23, 2009

SECEBIS CATATAN

Kadangkala orang tidak tahu jadi cikgu ni bukan tugas yang mudah, menerusi mata kasar memang nampak senang, masuk jam 7.00 pagi, jam 2.00 petang dah balik...Tetapi sebenarnya lebih daripada itu... mana ada kerja lain yang kerja lapan hari seminggu... Sabtu, Ahad sama saja... buku latihan murid hendak diperiksa, "headcount" nak buat.... kokurikulum lagi, hantar murid lagi, jadi guru pengiring lagi, mesyuarat di Jabatan Pelajaran lagi....Kadangkala orang pandang Pengetua nampak senang... sign surat saja.... Mereka tak tahu, betapa berat tanggungjawab yang perlu digalas, muridnya, gurunya, stafnya... akademik, sahsiah, kokurikulumnya, hubungan luarnya, macam-macam lagi...Tapi orang kata kerja kena bersemangat walaupun di sekolah nampak ceria bersemangat, sampaSali rumah lepak habis, malam bangun lagi... update blog lagi... demi anak-anak tercinta tanpa mengira batas bangsa dan agama tugas kita laksanakan.

Seronoknya jadi pun macam-macam... dah berpuluh tahun jadi cikgu, jalan di mana-mana ada saja murid tegur...di bank ada murid, di terminal feri ada murid, di airport pun ada murid, di laut ada murid, di udara ada murid, di gunung ada murid... Seronok mereka jadi orang.. Pernah ke cikgu melawat lokap balai polis ke, penjara ke, pusa serenti, entah-entah murid kita di sana kan? Salah siapa mereka di sana? Salah cikgu? salah penolong kanan? salah ketua bidang? salah ketua panitia? salah ustaz?salah ustazah? salah pengetua? salah PPD? salah pegawai JPN? salah ketua sektor?salah pengarah pelajaran? salah ketua sektor? salah pegawai PPD?JPN? KPM?... Fikir sama-sama... Kerja kena ikhlas, bersungguh-sungguh, tabah, tahan kerenah....Segala-galanya... Ini kerjaya pilihan kita, pilihan hampir 400,000 orang di Malaysia...Harapan kita tentunya tidak ada seorang guru di Malaysia menjadi guru sebagai kerjaya pilihan terakhir? Kalau semua guru di seluruh pelosok negara kita kumpulkan tenggelam Pulau Labuan! Amacam di mana kita boleh kumpulkan semua guru di Malaysia, pulau mana? dataran mana? lembah mana hendak kita berkumpul untuk melaungkan kata semangat "Kami guru Malaysia bersatu hati!" Kalau satu dunia? Ada siapa-siapa tahu data guru sedunia?.....itu "cikgu" sekolah formal, cikgu sekolah lain-lain... sekolah pondok? International School? dllllllll...Siapakah yang akan mengumpulkan seluruh warga guru Malaysia?Dunia?... Tak tahu bila agaknya, tahun hijrah bila, tahun masehi mana semua guru boleh melancong ke bulan?

Thursday, January 22, 2009

SEMOGA ALLAH KEMBALIKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN CIKGU KHAIRIL

Malam ini sempat aku mengunjungi Cikgu Khairil di Hospital Nukleus Labuan bersama sikeuru anakku cili padi. Ramai kawan JPN dan guru sekolah yang ada di wad 1 itu, termasuk Ustaz Syed Al- Hafiz, Nizam, Ustaz A. Rahman, Cikgu Wan Hasbullah, dan banyak lagi. Kita sama-sama doakan kesihatan dan kesejahteraan Cikgu Khairil yang juga guru anakku Nadiah. Keadaannya sudah agak tenang tetapi masih bercakap tidak berhenti-henti. Khabarnya sudah dua dos ubat disuntik doktor tetapi keadaan beliau masih begitu. Sebelumnya dalam perjalanan ke wad aku bertembung dengan Dr. Arnold yang rupanya merawat Cikgu Khairil, kami sempat berbual seketika.

Semoga cepat sembuh Cikgu Khairil. Sudah kumesej Ustaz Ramizu supaya bacaan Yassin pagi Jumaat turut sama-sama warga SMK Lajau mendoakan kesejahteraan cikgu Khairil, juga Cikgu Kuizanah.

Saturday, January 17, 2009

BETUL-BETUL BERDIKARI ANAK INI

Semalam 17 Januari, sekolah ganti di kebanyakan sekolah di Labuan sempena Tahun Baru Cina. Sekolah Naqibah juga sama. Nal jadikan cerita, oleh kerana tahun ini dia dan kakaknya naikbas entah macam mana terlupa abah dia terlupa nak ambil tengah hari semalam. Apa lagi dia menapak dua kilometer dari sekolah ke rumah. Macam berlatih "road run" nampaknya...Mujurlah ada kawannya yang senasib tinggal tidak jauh dari SEC Durian Tunjung. Sampai di rumah dengan nada agak tinggi dan geram "mengapa tak ambil adik?" Barulah aku tersedar aku lupa ambilnya. Aku terus minta "ampun", masa itu aku hadir majlis Sumbangan Ahli Parlimen Labuan kepada Murid Cemerlang PMR dan PIBG di SM TEknik Labuan....Sempat juga adik manja yang pandai berdikari itu kata" adik guna dulu wang untuk sumbangan Tabung Gaza" yang kuberinya RM10.00 untuk beli air, haus" katanya, "OKlah nanti abah ganti" kataku....Selesai majlis aku terus balik dengan hati berdebar-debar takut kena "hambur" oleh sikecil cili padi. Sampai di rumah aku lihat dia tidur di kerusi dalam keadaan "letih" benar. Aku kejut perlahan-lahan, belum aku kata apa-apa dia kata "tak mahu pegi mana-mana" Hai merajuk benar dia. Tapi bila aku kata " dik, bangun, nak ambil mama di Terminal Feri Labuan" "Hah? mama balik?" Dia terus melompak bangun, segar dan terus ke bilik air... Mana tidak malam semalam isteriku, Samsiah kata "mungkin tak balik, hujan di Kota Kinabalu" Seronok benar dia bila mendengar Sam balik petang itu. Kami berkereta ke Terminal mengambil Sam, manakala Nabihah yang paginya belajar memandu dan Nadiah yang juga sekolah ganti menunggu di UK (Ujana Kewangan) Petang itu aku terpakasa belanja sikecil makan KFC di UK... "Maaf ya sikecil cili padi.... Lain kali abah tak buat!

Wednesday, January 14, 2009

ANAK KAMI NAQIBAH MANJA TAPI PANDAI BERDIKARI

Kisah anak kami yang paling bongsu, kecil molek( kata orang Labuan "damit") yang paling manja dalam keluarga kerana disayangi abang dan kakaknya tetapi pandai berdikari... Naqibah ni setakat masak nasi, goreng telur memang tak ada masalah. Tambahan pula sikecil cili padi ni, petah berbicara, banyak cakap, "talkative" budaknya... kadangkala risau juga macam kita yang ajarnya pula apabila kata-kata yang keluar dari mulutnya pedas macam cili api,masin macam garam bukit, pandai mengena, sampai kadangkala kami panggil profesor, tapi suruh jadi "lawyer" dia nak jadi "flight attendent", ini pasal tengok kisah TV tule... dulu memang dia seronok nak jadi "lawyer", sekarang tukar profesion pulak.... kuat pengaruh TV ni ya...Nanti ada siri lain, takut tukar cita-cita. Pasal nyanyi dialah heroin kami, ada saja lagu didendangkan, pernah masuk Bintang Cilik Labuan FM, berfesyen memang hobi utama, dulu pernah Johan "Fashion show" peringkat Labuan(fashion classic tahun 1960-an)kebaya Saloma,bermodal juga le, dia masuk Kelab Adik Manja Labuan FM pulak, ada juga simpanan dalam bank hasil "royalti" he he he... Tapi dia tahu berapa baki dalam bank, tak boleh kelentong kerana dia pun kaki kelentong, he he he, jangan mare...Jangan dia buka blog sendiri udahlah, my blog kena ada password, kalau tak dia ubah nanti, kalut pulak....

Paling dia suka di sekolah ialah guru besar dia Cikgu KuHelmy, tiga hari lalu dia bagi gb dia timun yang aku tanam daripada benih Jabatan Pertanian. Ada sekali tu dia kata Cikgu KuHelmy dah berubah, tak mahu tegur dia, mengadu dia balik rumah. Ketawa cikgu KuHelmy dengar cerita aku...

Bab naik bas turun bas memang dia pakar, pagi naik bas, balik tengah hari naik bas, lepas tu naik bas lagi ke sekolah agama pula, balik petang baru turun bas di rumah. Nasib baik kakaknya Nabihah sekarang tunggu SPM, ada orang tukang buat cekodok kesukaannya.... Cuma kesian bila dia balik dekat maghrib, ada sekali bas habis minyak dekat jam 700 baru sampai rumah, risau juga kami.

Dia tahu dia lahir masa di atas trolley di HKL, tak sempat masuk "labour room" aku di bawah pun tak tahu dah lahir dia 22 April 1999 waktu pejabat pula...nasib baik sempat ke hospital, kalau tidak senasib kakaknya NADIAH yang lahir dalam kereta Proton Saga CY9298.....semua anak kami semua nak cepat tengok dunia... tak ada masalah... kecuali abang sulung mereka Amirul Husni yang lambat sikit keluarnya....Yang Aizat Amzar, malam tengok lampu-lampu di bandar Kuantan masa perkahwinan Tengku Mahkota Pahang, pagi subuh lahir ke dunia, yang kakaknya Nabihah, malam Sam minum coke, tak lama lahir pula.

Tu tengok le dalam gambar semalam dialah NAQIBAH yang paling damit!

Tuesday, January 13, 2009

SAM JAUH DI KK




Kadangkala bila difikir-fikirkan perpisahan akibat berjauhan ini sungguh menyeksakan, apa tidaknya Samsiah bertugas jauh di Kota Kinabalu. Sam tinggal dengan anak saudaranya di sana dan aku dengan anak-anak perempuanku tiga orang itu... Tetapi kalau difikirkan sekali lagi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kerana tahun lalu Sam bertugas di Johor Bahru, sekarang "jauh lebih dekat" dan syukur kerana hujung minggu Sam dapat balik ke Labuan, dan kadangkala anak-anak pula dapat ke KK. Tetapi kadangkala kesian juga difikirkan apabila mengenangkan Sam mabuk lauk naik feri ke KK dilambung ombak musim tengkujuh ini. Tetapi aku dan anak-anak gembira apabila Sam balik ke Labuan dan kami dapat makan bersama, anak-anak dapat makan masakan ibu mereka....

Bukan aku tidak mahu berdekatan dengan Sam tetapi apabila kami bincangkan bersama sementara ini biarlah dahulu kerana akan lebih timbul masalah sekiranya aku mohon bertukar ke Sabah, ditempatkan jauh pula dari KK lagilah payah.... Tidak dapat dinafikan ada kawan-kawan di JPN Sabah yang boleh menolong, malah ada yang kenal baik, tetapi sudah menjadi tabiatku tidak mahu menyusahkan kawan, dibimbangi menyebabkan serba-salah pula kawan itu kerana mereka pun terikat dengan peraturan kerja, kalau tak ditolong kawan....nak tolong susah... tak tolong susah,....Tambahan pula kami sebenarnya sudah seronok berada di pulau Labuan ini. Cuma kami berdoa kalau-kalau Sam boleh bertukar balik ke Labuan..... Malah ada juga pegawai atasan yang menawarkan kami bertukar ke Semenanjung, tetapi biarlah kami menabur bakti di Labuan dan Sabah yang kami pilih sendiri Terima kasih kepada kalian berhati mulia, bukan tak sudi... Kalau benar perlu nanti kami beritahu. Bertugas di rantau begini tiada apa yang kami kesalkan.....Maklumlah ayahku dulu juga perantau yang tabah.... kami kena tabah juga menghadapi segalanya...

Berjauhan begini pasti ada hikmah di sebaliknya....Lagipun setiap hujung tahun kami sekeluarga berkumpul sama ada di Kuala Lumpur dengan dua anak kami yang belajar di KL dan JB atau di kampung, juga melancong ke tempat menarik.... Ada rezeki kami ke Indonesia pula.... Maklumlah asal-usulku.....di Kebumen Jawa Tengah....Tapi aku rakyat MALAYSIA yang sah!

Wednesday, January 7, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LAJAU KALI KE-8 PADA 10 JANUARI 2009

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau akan diadakan pada 10 Januari 2009 mulai jam 7.30 pagi. Atur cara program ialah, Ceramah Insurans Takaful/Jabatan Agama Islam Labuan jam 7.30 pagi hingga 845 pagi, diikuti dengan Perasmian oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Encik Mohammad Zaki bin MOhd. Yusof, dan selepas itu Mesyuarat Agung dijangka bermula jam 10.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan ada Pemilihan AJK PIBG Sesi 2009/2010. Petang ini, 7 Januari, Mesyuarat AJK PIBG dipengerusikan oleh YDP Tuan Haji Alias Hussein membincangkan persediaan Mesyuarat Agung. Turut hadir ialah Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron.

Semua ibu abapa murid/penjaga DIJEMPUT menghadiri mesyuarat ini. Datanglah beramai-ramai untuk kemajuan anak-anak SMK Lajau. Jamuan disediakan, dari minum pagi ke makan tengah hari