Tuesday, December 23, 2008

SUNYI SEPI PEJABAT SEKOLAH

Sunyi sepi pejabat sekolah, semua guru smua murid bercuti... Sunyi sepi pejabat sekolah...Tapi seronok jadi pengetua, sunyi sepi ni banyak idea baru muncul untuk penambahbaikan sekolah tahun depan... Tunggu Mesyuarat Profesional 1/2009 pada 31 Disember 2008, nanti aku kongsikan dengan rakan guru yang lain. Mungkin banyak kejutan baru..... maklumlah moto hidupku: Mencipta kejutan dan kejayaan.......tunggulah ya....

Isteriku, Samsiah baru selesai Kursus PTK di Akademi Audit Negara di Nilai.... kami doakan kejayaannya, kalau dapat 4 makan di Grand Dorsett, Labuan tau.... he he he

Anakku Amirul Husni buat kerja sambilan ICT di Sabak Bernam, Aizat masih di Universiti Pertahanan, Nabihah, Nadiah dan Naqibah pula dok lepak habis cuti di rumah....

Thursday, November 27, 2008

PENGETUA SMK LAJAU MENGHADIRI TOT DI HOTEL BRISDALE, KUALA LUMPUR

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron menghadiri Kursus TOT Kursus Induksi Kumpulan 11 dan lll di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur dari 26-29 November 2008, bersama rakan-rakan dari seluruh negara. Lebih 40 peserta hadir kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas ini pengetua SMK Lajau akan terus ke IAB Utara, Jitra dari 30 November 2008 hingga 4 Disember 2008 untuk Seminar Tingkatan 6 di sana, sebelum bercuti rehat sehingga 12 Disember 2008.

Tuesday, November 25, 2008

HARI KONVOKESYEN AMIRULHUSNI


















Hari ini 25 November 2008, Amirulhusni dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama UITM, Shah Alam dalam bidang Pengurusan Pembinaan. Tahniah daripada seluruh keluarga. Semoga sukses pula dalam program Masters "Construction Management" pula, tahun 2009 boleh graduate dengan Aizat Amzar pula (Marine Technology Engineering), teruskan langkahmu. Gambar-gambar bersama keluarga dan Diyana.

Sunday, November 23, 2008

KENANGAN DI SHAH ALAM - QUALITY HOTEL





Gambar kenangan sebelum Amirul Husni menerima Ijazah "Construction" UITM Shah Alam.
Kami sekeluarga menginap di Hotel Quality Shah Alam, Selangor. Malam tadi aku bertemu dengan Azmi, sahabatku semasa di USM, Pulau Pinang, yang juga menghadiri Konvokesyen anak beliau, beliau sekarang bertugas di Keningau, beliau tinggal di Hotel Blue Wave.
Di hotel kami tinggal di Bilik 2129. Malamnya kami "window Shopping" di Alam Sentral berhadapan hotel kami, makan di kedai mamak. Alahai harganya boleh tahan juga walaupun ada kempen turun hargaa. Macam ni Kopell Bhd juga kena berniaga makanan selain barang runcit.

Hari ini aku bercuti rehat hingga esok. Hari ini kami akan mengukur Shah Alam ke Kuala Lumpur kerana Konvo Amirul esok pagi, lepas itu aku kursus TOT Induksi di Brisdale. Anak-anak aku hantar awal ke kampung, my wife pulang ke KK, Aizat pulang ke JB dengan "saga" barunya, Amirul sambung masternya. Kami akan berkumpul di Muar raya haji kali ini..

Saturday, November 22, 2008

BERITA TERKINI ROMBAKAN PENEMPATAN PENGETUA DI W.P LABUAN

Pagi-pagi lagi Yusup Mohamad, pengetua SMK Pantai sms aku, menyampaikan msg guru besar (MGB) mengatakan satu rombakan pengetua akan berkuat kuasa mulai 16 Januari 2009. Dalam rombakan guru besar mulai 15 Disember 2008, 5 guru besar terlibat. Untuk kali kedua aku dikhabarkan berita pertukaran tempat pengetua. Aku sebenarnya tidak kisah di mana ditempatkan, asalkan di Labuan kerana hasratku untuk terus bertugas di Labuan kecuali jika diarahkan. Biarlah Tuan Pengarah membuat keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa. Tempoh dua tahun lima bulan aku di SMK Lajau boleh dikatakan masih terlalu baru, tapi dalam perkhidmatanku masa paling lama aku berkhidmat ialah semasa di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta selama 15 tahun termasuk dua kali aku melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana. Di tempat lain usia perkhidmatanku tidak melebihi tiga tahun, mula-mula di SJKC Kemayan genap 3 tahun, di SJKC Maran satu tahun, di PPK 15 tahun, di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel lima bulan, di SMK Setapak Indah, KL genap 3 tahun, di SMK Pantai, 11 bulan di Jabatan Pelajaran Labuan satu tahun tujuh bulan, dan di SMK lajau...tak tahu lagi..... berhijrah tentu ada hikmahnya, terimalah sahaja arahan pengarah kan?...

Kalau benar aku akan ditukarkan ke sekolah lain, aku akan terima dengan hati terbuka, walaupun akan terasa sedih dan sayu berpisah dengan guru dan staf di SMK Lajau yang bertambah akrab. Kalau diberi pilihan biarlah untuk lima tahun aku di SMK Lajau, tetapi apakan daya, terpaksalah mengikut arahan, "symp" jika kena bertukar. Susah juga nak menjangka sekolah mana aku akan ditukarkan. Biarlah di mana-mana sekolah pun tidak mengapa. Rasanya belum puas aku di sekolah ini, dan banyak lagi perancanganku untuk menambahcemerlangkan lagi SMK Lajau.

Sama-sama kita pasangkan debar menunggu surat pertukaran awal tahun 2009.

AKU MENINGGALKAN LABUAN SETENGAH BULAN KERANA KELUARGA DAN TUGAS

Aku akan meninggalkan Labuan selama setengah bulan mulai esok kerana keluarga dan tugas rasmi, antaranya aku akan menghadiri Konvensyen anakku Amirul Husni pada 25 November ini, selepas itu aku akan menghadiri Kursus TOT Induksi di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 November 2008, selepas itu aku ke IAB Utara, di Jitra Kedah dari 1 hungga 4 Disember 2008 untuk Seminar Tingkatan 6, lepas itu aku balik ke Johor menyambut Hari Raya di Muar/Batu Pahat, barulah balik ke Labuan pada 14 Disember.

Selepas itu pada 23 - 27 ke Riau, Indonesia untuk Lawatan Penandaarasan bersama Pengarah Pelajaran Labuan serta rakan pegawai JPN Labuan, guru besar dan pengetua Labuan. Lepas itu kena balik ke Labuan untuk keputusan PMR, Mesyuarat Profesional Guru, Pendaftaran Tingkatan 1 dan buka sekolah pada 4 Januari 2008.

Thursday, November 20, 2008

gambar-gambar kenangan 2008

Inilah gambar kenanganku bersama keluarga dan yang berkaitan organisasi perkhidmatan sebagai pengetua di SMK Lajau, W.P Labuan sejak 2 tahun 5 bulan. Biarlah jadi kenangan manis bertugas di sekolah dengan teman-teman yang berjiwa pendidik. Kenangan bersama keluarga yang dirakamkan dalam bentuk gambar akan meninggalkan kenangan untuk masa depan, tambahan ketika melihat anak-anak kian dewasa dan ada yang membesar sungguh menyenangkan dalam hidup ini walaupun sejak kebelakangan ini berjauhan sedikit dengan isteriku.Lagu Labuan Indah pasti akan menjadi kenangan sekiranya nanti pada akhir perkhidmatan aku bertukar balik ke Kuala Lumpur atau ke Johor. Pasti lagu ini menjadi kenangan termanis kerana kebanyakan rakan yang bertugas di Labuan agak keberatan menainggalkan Labuan dan ada yang telah bermastautin selama lebih 30 tahun. Apalah aku yang baru lima tahun di sini.

Friday, October 31, 2008

RAYA SUDAH HABIS AKHIR TAHUN KIAN DEKAT

Pejam celik rupanya waktu berlalu sungguh pantas, dah habis raya rupanya, akhir tahun kian dekat, 2009 semakin hampir, usia meningkat lagi.........sedar tak sedar dah setengah abad rupanya usiaku....

Wednesday, October 1, 2008

LAGI GAMBAR RAYA KAMI 2008/1429



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1429/2008




Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga, saudara mara, sahabat, guru dan murid-muridku. Hari ini keletihan hari pertama beraya, sampai ke malam. Gambar kenangan keluarga kami

Sunday, September 14, 2008

KERENAH MURID-MURIDKU PADA BULAN PUASA

Macam-macam kerenah murid-muridku sepanjang bulan Ramadhan ini. Ada yang tidak berpuasa dengan alasan tidak bangun sahur, ada yang lewat ke sekolah kerana tidur balik selepas sahur. Malah ada yang membawa dan membakar mercun kecil cili padi dalam kawasan sekolah, khususnya murid Tingkatan satu. Yang peliknya penjualnya perempuan pula, sudah ada otak berniaga, pemainnya murid yang hiperaktif dengan rakan lelakinya dari kelas belakang. Apa lagi aku pun buat sport check, satu plastik kubawa ke bilik pengetua. Mereka yang terlibat kuberi amaran keras, bukan itu saja kupanggil MPV polis untuk memberi amaran, bermain mercun adalah bahaya, takut nanti ada jari mereka yang kudung pula gara-gara bermain mercun atau meriam buluh....