Sunday, November 29, 2009

Sekarang di MEXICO H

Malam tadi di Mexico H, malam tadi juga keluar makan di Lala, Kg Baru dengan Amirul dan Ammy. Lena tidur di Mexico H. Pagi ini keluar sarapan di Kl Sentral. Kulihat sekarang orang Malaysia pandai beratur apabila menaiki bas atau ketika membeli tiket monorel,atau lrt. Perlkembangan baik dari segi kesedaran sivik, kalau dulu berebut-rebut. Apa yang kulihat di UK, France sekarang sudah diamalkan rakyat Malaysia, syukur. Balik sarapan balik berehat, petang baru ke Summit.

Petang semalam ziarah isteri Sdr Hj Mokhtar yang baru menjalani pembedahan slip disk, akibat kemalangan sebelum puasa dulu.Kesian kutengok Kak Azizah terlantar tak boleh bergerak, syukur selamat. Agak teruk juga kemalangan dulu, sampai remuk kereta, pengsan 20 minit, mujur hamba Allah menolongnya menjaga beg tangan dll masa kemalangan, menurut Sdr Mokhtar, radio kereta pun dikebas orang, apa punya manusia orang susah dicuri pula harta bendanya. Syukur Sdr Hj Mokhtar walaupun sudah bersara masih sihat menjaga isterinya, bergilir dengan anaknya. Selepas adik Kak Zah sampai, Mokhtar mengajak aku ke Chow Kit, kami makan sup dekat Hotel City Villa. Sebelumnyan sempat solat asar/sunat di Masjid Hospital...

Saturday, November 28, 2009

Kawasan RehatPERJALANAN KE KUALA LUMPUR

Pagi ini berkereta dengan anakku, Amirul Husni ke Kuala Lumpur untuk seminar Tg 6. Berhenti rehat tengah hari di Kawasan Rehat Seremban, makan nasi berlauk ikan keli dan kerang rebus.

Sam dan anak-anak telah balik ke KK malam tadi, penerbangan Sam lewat sejam daripada jadual. Nak jadi cerita, Naqibah ditahan di Imigresen kerana bawah umur hanya ditemani kakak-kakaknya, pegawainya bercakap denganku di telefon. Tahulah aku peraturannya ibu/bapa perlu sediakan surat kebenaran anak bawah umur. Aku nyatakan mengikut perancangan merekaa balik sekali denganku, cuma aku menyambung tugas rasmi di KL. Tahulah aku lain kali prosedurnya. Bagus juga peraturan ini kerana mengelakkan anak bawah umur dilarikan atau anak-anak lari dari rumah, tahniah Jabatan Imigresen. Terima kasih kerana Naqibah boleh masuk ke KK setelah kuberi penjelasan.

GAMBAR IJAT DAN KELUARGA DI STUDIO





PERJALANAN KE JOHOR BAHRU

Pagi ini aku bersama-sama Samsiah, isteriku serta Amirul Husni, Nabihah, Nadiah dan Naqibah berkereta JKV8271, menuju ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Ketiga-tiga anak gadisku menaiki kapal terbang dari JB ke KLIA dan ke KK, sementara Aizat berkereta WKD1143 bersendirian dan kami berjumpa di Macdonalds berhampiran UTM setelah anak-anak gadisku check ini.

Dalam perjalanan pagi tadi, di Pekan Semerah, di depan mata kami berlaku kemalangan yang mana seorang pemandu motosikal yang cedera parah, dalam keadaan menggeletik di atas jalan dengan dikeruminu beberapa pengguna jalan raya, kami tidak berhenti kerana akan menyebabkan kesesakan jalan raya, kami berdoa semoga penunggang motosikal itu selamat dan ambulans segera sampai.

Bersama Aizat Amzar dan Amirul Husni kami menghadiri majlis kenduri khawin di rumah sepupu kawan Amirul Husni, Ammy di Seri Sekudai. Makan nasi minyak kami, dan dibekalkan banyak telur pindang Johor. Selepas itu kami ke kedai printing kerana aku perlu mencetak tugasan IAB dan seterusnya menghantar dengan pos laju.

Selepas itu kami ke gerai Singgah Selalu berdekatan Danga Bay Johor Bahru,minum, solat dan rehat-rehat sambil menunggu penerbangan Samsiah dengan Air Asia, aku pula akan pulang semula ke kampung dan lusa ke Kuala Lumpur menghadiri Seminar Tingkatan 6 di Hotel Summit Subang Jaya.

Monday, November 23, 2009

DI MUAR, JOHOR

Bercuti di Muar selepas konvo Ijat, anak kedua kami. Kadangkala seronok juga lama tak bercuti di Kg Seri Menanti, Muar, Johor, rumah mak mertua aku. Habis boring kami ke Giant shopping sakan.Lepas tu makan tengah hari di Gerai Jalan Joned, sedap masakan ala Johor di sana, ke Batu Pahat, makan mee bandung BP, menjilat jari.Pagi ni ke Segamat ke rumah kakak-kakak dan adikku di sana. Raya haji tak lama lagi....

Saturday, November 21, 2009

GAMBAR KONVOKESYEN AIZAT AMZAR ATMA UPNM UTM JOHOR BAHRU 21 NOVEMBER 2009










LAGI GAMBAR KONVO IJAT





GAMBAR KONVOKESYEN AIZAT AMZAR ATMA UPNM UTM JOHOR BAHRU 21 NOVEMBER 2009

TAHNIAH AIZAT AMZAR BIN SAHAR, KEJAYAANMU MENJADI KEBANGGAAN SELURUH KELUARGA.
Semua bersama-sama meraikan kejayaanmu IJAT, kecuali AMIRUL HUSNI yang terikat dengan kerja, raya nanti kita bersama sekeluarga di KG. SERI MENANTI, MUAR, JOHOR.






Friday, November 20, 2009

DI JOHOR BAHRU

Perjalanan dengan kapal terbang dari Lapangan terbang Kota Kinabalu ke KLIA terlewat penerbangan hampir satu jam, sampai di KLIA hampir jam 1.50 petang, dua pekerja MAS sedia menunggu dengan "buggy car" pertama kali kami sekeluarga menaikinya, macam penumpang berkeperluan khas, seronok juga, mana tidak dari Gate B3 ke Gate A5, kalau berlari jauh juga. Ada seorang pakcik juga lewat seperti kami sama menaikinya. Kapal terbang ke JB MH1051 bertolak tepat waktunya. Sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Aizat sedia menunggu dengan saganya. Kami menginap di Good Hope, JB, sewa hotel RM193.00.

Petang itu kami sekeluarga makan di Restoran Periuk Belanga (PB) di Danga Bay, JB. Makanannya "dinner set" untuk 6 orang dengan bayaran RM75.00, dengan lauknya ayam goreng penyet, ikan siakap berlada, udang besar goreng butter, sayur kailan, telur gulung, rojak sotong kangkung, otak-otak kempas...... sedapnya!!!....Malam keletihan ada yang terus tidur, tapi anak-anak sempat mencari makanan seperti biskut di kedai hadapan hotel, lapar sahaja semuanya.



Gambar-gambar di LTAKK, Naqibah dengan gayanya

Thursday, November 19, 2009

DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU

Kami sekeluarga berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan sampai awal jam 745 pagi dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk Konvo Ijat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di UTM JB. Semalam aku dan anak-anak perempuan ke Kota Kinabalu dengan Feri ke Menumbok dan menyambung dengan bas ke KK, sampai awal jam 2.00 petang dan bermalam semalam di Pantai Inn, menunggu Samsiah sampai selepas waktu pejabat. Flight kami jam 10.45 pagi, dijangka sampai ke JB jam 3.00 petang. Kami makan di Macdonald menunggu kapal terbang berlepas.

Friday, November 13, 2009

PERJALANAN PULANG KE LABUAN DARIPADA KURSUS DI IAB

Hari ini aku dalam perjalanan pulang ke Labuan daripada menghadiri Kursus KKPP di IAB Induk selama dua minggu. Malam tadi aku menginap di Mexico Hotel, Brickfield. Malam tadi aku dengan Wak Haji Human, sahabatku menikmati sup di Chow Kit, lewat dinihari baru pulang ke hotel. Hajat hati hendak standby tak kesampaian kerana terlewat bangun pagi ini, malam tadi cuba tukar tiket tetapi kapal penuh. Jam 11.00 aku meninggalkan Mexico menaiki ERL ke KLIA, sengaja awal sampai ke KLIA, boleh juga update blog. Seronok juga masa di IAB dapat ajar beberapa rakan kursus buat blogspot, lima minit dah boleh buat....Tak kan susah kan......

Di KLIA aku dapat meseg daripada rakanku yang telah bersara Sdr Mokhtar Sah Malik, ingat nak jumpa di KL Sentral, malam tadi aku sms tak berjawab, kami tak ada rezeki nak jumpa, lain kali ya Mok, moga sihat sekeluarga.

Flight jam 645 petang. Malam ini Jamuan Akhir Tahun sekolahku SMK Lajau, mereka minta aku hadir juga walaupun lewat, harap kapal tak delay. Harap sangat dapat bersama guru dan stafku di Shell Hall malam ini, kerana ada beberapa guru/staf yang bertukar keluar dan ada guru yang akan masuk ke sekolahku, patah tumbuh hilang berganti.

Tadi SMS Sam, isteriku, awal juga dia sampai ke Labuan. Malam ini jangan lupa ambil abang di lapangan terbang ya. Rindu kepadanya dan anak-anak di Labuan.

Sekejap ini nak beli roti di Aras 3, tak boleh beli banyak-banyak, kami akan bercuti untuk konvo Aizat dan raya haji....Jumpa kalian di Labuan.

LEGA LEPAS MENJAWAB EXAM DI IAB

Syukur lega selepas menjawab exam Kursus KKPP di IAB petang tadi. Rakan-rakan pun semuanya lega, ada juga soalan mencabar, kebanyakannya aplikasi kami di tempat kerja, satu dua sahaja fakta. Kami berdoa semoga semua lulus cemerlang.

Pagi tadi pembentangan juga menyeronokkan, moga semua dapat A++, he he he

Malam ini ke Mexico....

Sunday, November 8, 2009

HUJUNG MINGGU PENGETU di iab, genting highlands

Hujung minggu pengetua SMK Lajau, Labuan di IAB, Genting Highlands dipenuhi dengan melayari internet mencari bahan untuk tugasan, Terasa sunyi di sini kerana hanya 4 peserta yang tidak pulang. Selain itu, bersembang-sembang tentang pendidikan juga tak lupa sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, tambah berat badan nampaknya. Rindu juga kat isteri dan anak-anak di Labuan, adat berjauhan kan? Seminggu lagi bukan lama. Teringat juga kat SMK Lajau yang sudah macam rumah kedua pengetua.... Hujung minggu depan pulang ke Labuan, InsyaAllah.

Petang minggu ada peserta baru masuk ke Asrama Eksekutif, pengarah politeknik dan kolej komuniti. Dengar khabar seorang peserta dari Kelantan meninggal dunia dalam perjalanan ke IAB untuk kursus, Al-Fatihah.

Wednesday, November 4, 2009

CATATAN TERKINI, KURSUS DLL...

Sudah agak lama aku tidak mengemas kini blog peribadiku. sejak kedatangan Angkasawan Negara ke Labuan dan sekolahku SMK Lajau, kesibukan begitu ketara sekali, aku berkursus Islam Hadari Anjuran BSM, KPM di Kota Kinabalu, selepas itu balik ke Labuan, petangnya (Jumaat) 30 Oktober aku mempengerusikan Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah, Sabtunya menghadiri Majlis Rakan Alam Sekitar di Kinabenuwa bersama Jabatan Alam Sekitar, sempat menanam pokok bakau bersama wakil Yb Ahli Parlimen Labuan. Ahad aaku terus ke IAB, Genting Highlands mengikuti kursus KKPP selama dua minggu. Seronok juga bertemu rakan-rakan lama semasa di USM Sdr Bakar, juga bertemu rakan PPK yang lama tidak bertemu seperti Sdr A. Wahab dan Sdr Azami,yang kini sudah menjadi pensyarah baru IAB, juga rakan pengetua lain menghimpunkan kami dalam suasana pembelajaran dewasa, bolehlah dikatakan pertemuan akademik setelah masing-masing sibuk dengan tanggung jawab masing-masing sama ada di sekolah atau di KPM.

Syukur anakku yang baru menamatkan pengajian sarjananya di UITM Shah Alam telah berjaya dalam temu duga dengan CIDB dan mula bekerja mulai esok, dengan gaji agak lumayan dalam lingkungan lebih RM2000.00, maklumlah ada masters kan? Ijazah pertama First Class lagi. Syukurlah tidak lama menganggur, ada peluang atau tawaran elok sambung ke Ph.D pula, boleh juga dipanggil Dr. Amirul Husni kan, semoga kejayaannya akan mendorong adik-adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh mengikut jejak abangnya. Akhir November Ijat pula akan menerima Ijazah dalam Technology Marine daripada UTM, Skudai dalam Program ATMA, bakal menjadi anggota TLDM, dan tauliah daripada DYMM SPBYDP Agong awal tahun hadapan. Syukur Nabihah menunggu masa untuk ke Politeknik di Kota Kinabalu Januari nanti.

Dua minggu berkursus di IAB memberi input baru untuk kugunakan dalam memimpin SMK Lajau ke mercu kejayaan.

Pagi tadi menerima sms daripada sahabat baikku Sdr Human yang akan ke Labuan dari 9-11 November 2009, malangnya aku masih di IAB, sudah beberapa kali kami belum ada rezeki bertemu di Labuan, kalau tidak silap sudah tiga kali, apabila beliau ke Labuan aku berada di Luar Labuan kerana tugas rasmi, mungkin kami dapat bertemu di Kuala Lumpur pula kerana beliau kembali 11 November dan aku hanya kan balik ke Labuan beberapa hari selepas itu. Jumpa nanti wak...