Thursday, October 9, 2014

SUDAH LAMA TIDAK MUNCUL DALAM BLOG PERIBADI

Sudah sekian lama tidak mencatat dalam blog, hari ini menemankan anak bongsu mengulang kaji PT3 yang akan dihadapi 13 Oktober, kami di Lapangan Terbang Labuan, Oldtown. Sejak meninggalkan SMK Lajau ke SMK Mutiara selama enam bulan dan kembali semula ke SMK Lajau selama tiga bulan sebelum bertukar ke SMK Pantai WP Labuan sebagai Pengetua Cemerlng, rupa-rupanya sudah dua tahun lima bulan di sini, yang sebenarnya sekolahku yang pertama di Labuan....sudah Tahun 2014, perkhidmatanku dengan kerajaan rupanya tidak sampai lima tahun sebelum bersara wajib, itupun jika aku tidak bersara awal. Hari ini 9 Oktober 2014, sudah seminggu isteriku Samsiah menyambut ulang tahun kelahiran ke-55, kami juga sudah mempunyai dua orang cucu perempuan yang montel....Anakku Nabihah berada di Senzen China dari Hong Kong lawatan belajar UITM Puncak Alam mengambil jurusan "Tourism"......

Saturday, September 1, 2012

Jadual PMR 2012

Jadual PMR 2012  9 .10.2012 (Selasa)   - 8.00 -9.10 am   :   Bahasa Malaysia 1                                     9.40-11.50 am      Bahasa Malaysia  2                                     2.20-4.30 pm        Pendidikan Islam 1 10.10. 2012(Rabu)      8.00 -9.10 am       Bahasa Inggeris 1                                    9.40-11.20am       Bahasa Inggeris  2                                    2.20-3.45 pm        Geografi 1 11.10-2012 (Khamis) 8.00- 9.10 am       Sains 1                                   10.20-12.00          Sains 2                                   2.20-3.45pm        Sejarah 2 15.10.2012(Isnin)     8.00 -9.10 am        Matematik 1                                 10.30-12.25tgh      Matematik 2                                  2.20-3.50pm         Kemahiran Hidup 4 Kepada calon PMR SMKnPantai WP Labuan Cemerlang!

Menulis di blog kembali

Seronok juga menulis kembali di blog, banyak yang boleh ditulis di sini. Walaupun hingga kini blog seolah-olah ditenggelami oleh facebook namun masih ada rakan-rakan yang masih setia, tahniah!

Friday, August 31, 2012

100 hari di smk pantai, Julai 2012

Terima kasih warga smk pantai menerima kehadiran dan bertugas bersama-sama di sekolah yang juga sekolah pertamaku di wp labuan pada 2004 dulu. Apakah tempohku bertugas melebihi lima tahun atau kurang lima tahun, atau kurang tiga tahun atau kurang satu tahun? Hanya Allah yang Maha Mengetahui, yang penting dapat bertugas dengan sebaiknya di SMK Pantai ini, doakan kami terus cemerlang

Dari smk lajau ke smk mutiara, ke smk lajau dan ke smk pantai

Enam bulan di smk mutiara, saya kembali semula ke smk lajau, tiga bulan di sana bertukar pula ke smk pantai, wp labuan mulai 16 april 2012, nampaknya memegang rekod pengetua paling banyak bertukar di labuan dalam tempoh paling singkat, lapan bulan. Ini berlaku selepas menerima surat pelantikan pengetua cemerlang, dan memberi peluang kepada rakan untuk jawatan gred lebih tinggi.

Friday, August 12, 2011

LIMA TAHUN 14 HARI DI SMK LAJAU, MULAI 1 JULAI KE SMK MUTIARA LABUAN

Mulai 1 Julai 2011 mula bertugas di SMK Mutiara W.P Labuan, setelah lima tahun 14 hari menerajui SMK Lajau, meninggalkan segala kenangan manis bersama seluruh warga SEMELA dengan ungkapan keramat "SMK Lajau Sederap meluncur Laju"....Kini bermula era bersama seluruh warga SMK Mutiara pula. Bersyukur atas segalanya, pasti ada hikmah di sebalik pertukaran ini.....Apakah SMK Mutiara destinasi akhir sebelum bersara atau ada lokasi lain sebagai penjawat awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia....."Goverment of the day"....Terima kasih kepada warga SMK Lajau, terima kasih juga kepada warga SMK Mutiara yang menerima kehadiranku dengan banner yang mencuit rasa....Terima kasih semua...

Tuesday, November 2, 2010

PROMOSI SKPM DRAF AKHIR

Pagi ini sampai jam 430 petang kami didedahkan dengan Prmosi SKPM JNJK oleh penceramah JNJK Pahang (Ketua Nazir) Tn Hj Mohd Noor Mahmud, Sdr Mutusamy, dan Sdr Selvarajo JNJK Putrajaya. Terima kasih menyampaikan maklumat berguna sebelum pelaksanaan penuh tahun hadapan?....Kami dari SEMELA agak santai menerima maklumat kerana kami telah didedahkan semasa program rintis dulu....Swelepas ini tunggu surat pekeliling pelaksanaannya, tapi mulai hari ini sudah boleh mula buat persiapanterutama memberi kefahaman kepada barisan GKMP, KP dan KU unit-unit yang perlu untuk pengumulan data 2010....Bersedialah wahai rakan SEMELA, jangan buat-buat terkejut pula....

Monday, November 1, 2010

Panggilan Telefon pagi

Pagi-pagi terima panggilan telefon Pemangku Pengarah Pelajaran Labuan, En Ismail Abdullah, berdebar juga bila beliau kata emergency....Rupanya seorang pegawai Jabatan Pelajaran En. Mohd Nor kemalangan di depan Petronas (yang mana pun tak pasti), isteri pegawai ini bertugas di SMK Lajau, Pn Siti Zubaidah Salleh. Semasa menjawab panggilan PK Pentadbiran dan seorang guru berada di depanku, dalam jam 645 pagi. Aku terus ke kereta, semasa itu Pn Siti sedang memberi arahan pagi kepada murid-murid, dan bersedia menyanyikan Lagu Negaraku, aku beri isyarat tunggu dulu, kerana kalau nyanyi dah tentu kena tunggu dua minit lagi. Aku perlu segera ke tempat kejadian. Dengan kelajuan terkawal, aku terus menuju lokasi, syukurlah lorong kecemasan kosong, aku menyalakan lampu kecemasan dan dapat sampai dalam masa kurang lima minit di seberang jalan Petronas Jalan Pulau Buah. Sudah ada seorang Anggota Polis dan penarik kereta, kulihat keretanya (Hilux) remuk agak teruk di bahagian hadapan, tayarnya hampir tercabut, mujurlah sebatang paip besar menghadang Pacuan 4 Roda, aku lihat airbag terkeluar, tiada pemandunya, aku dimaklumkan pemandunya telah dihantar ke hospital, tiada kesan darah di tempat duduk pemandu. Seorang yag berpakaian seragam KTAK memperkenalkan diri sebagai saudara En Ismail (Beliau menelefon En Ismail) Aku terus menghubungi Puan Siti Zubaidah, tidak diangkat....aku hubungi Pn Dona pun tidak berjawab, mungkin ada kelas, aku hubungi Pn Ang...katanya Cg Siti telah ke hospital dengan Pn Nurfiah dan Pn Jubia. Aku hubungi En Ismail beliau sudah di hospital...Aku mengambil beg hitam dan mengambil dokumen-dokumen dari Hilux. Aku terus uruskan untuk kenderaan ditarik selepas Sarjan Amir selesai mengukur dan mengambil gambar lokasi, kenderaan perlu ditarik kerana melintang di sebelah jalan....Aku mengambil butiran pemandu kereta tarik dan juga seorang lelaki yang menjadi saksi utama kemalangan, En Harry yang mengatakan bahawa semasa kemalangan pemandu tidak sedar, hinggalah sampai di hospital...Syukurlah tada kecederaan walaupun kenderaan agak teruk di bahagian hadapan, airbag dengan izin Allah menjadi penyelamat, juga paip air besar di tepi jalan sebagai penahan. Aku ditemani Pengetua SMK Pantai En Yusup yang sempat kutelefon dan En Erwin (bekas stafku) yang kini di JPN Labuan yang kebetulan lalu di temat kejadian.

Aku dan En Yusup ke hospital melihat keadaan En Mohd Nor, keadaannya agak lemah dan mungkin dalam keadaan masih terkejut, aku serahkan barangan kepada isterinya Cg Siti Zubaidah. Syukurlah En Mohd Nor selamat hanya calar sedikit di siku kanannya...

Panggilan pagi kadangkala amat memeranjatkan kita tetapi kita kena tenang menghadapi sebarang kemungkinan....

Tuesday, October 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN ANAK-ANAKKU

Selamat menduduki Peperiksaan kepada anak kami Nabihah di UITM Kota Samarahan dan Nadiah di SM Teknik Labuan serta Naqibah di SK Kerupang, Labuan dan di SK Agama Pekan Labuan, semoga kalian berjaya dengan cemerlang. Jawab dengan yakin dan tenang, InsyaAllah abah, mak dan adik/abang doakan kejayaan terbaik untuk kalian bertiga.Semoga keluarga kita terus bahagia walaupun berjauhan di sana sini......