Sunday, June 28, 2009

PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA PERINGKAT LABUAN

Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat W.P Labuan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan jam 8.00 malam tadi 28 Jun 2009. Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Jasmi, Timbalan Pengarah Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Sabah, turut hadir ialah Pengarah Muzium Labuan Cik Siti Rabia, Pengarah Pelajaran Labuan, En. Mohammad Zaki Mohd. Yusof, dan En. Sahar Misron, Ketua 2 PERWILA, juga AJK PERWILA. Pertandingan dihakimi oleh Prof Inon dari UMS Sabah, Dr. Harun Hj. Pudin Ketua 1 PERWILA, dan Sdr. Awang Asim Ag Besar.

Pertandingan dimenangi johan menanti, Sdr. Pamela, Naib Johan Sdr Lim Swee Fong, dan ketiga Sdr Abd Laham Ludin. Persembahan selingan oleh kanak-kanak Tadika Perpaduan dan penari Perbadanan Labuan.

Tuesday, June 23, 2009

APA KHABAR SEMUA?

Rasanya dah agak lama tak update blog aku ni... sibuk kerja memanglah, cuti di Sabah tempohari mungkin kena tambah lagi kot, entah bila ya? Hari ini Samsiah tugas luar di Kuala Lumpur, baru sekejap Sam sms, ada dalam train ERL ke KL Sentral menuju terus ke sana, sebelum bermalam di Hotel City Villa...hotel penuh kenangan, mengingatkan sahabat karibku arwah abang Jins, kami pernah tinggal di hotel ini selama sebulan sebelum aku bertukar ke Labuan, kebaikannya hanya Allah sahaja yang tahu. Mudah-mudahan rohnya aman bersemadi di alam Barzaq. Al-Fatihah untuk arwah abang Jins.

Dua anak lelaki sibuk di Kl, Amirul di UITM masih bergelut dengan tesis masternya, Aizat pula bersedia untuk ditauliahkan sebagai pegawai TLDM, sekarang berlatih kawat kot? Adik-adiknya, tiga dara denganku di Labuan....Semoga semuanya berjaya dalam pelajaran, harapan ibu dan bapa.

Selamat Hari Bapa kepada semua BAPA!

Ini sebahagian gambar kami di Sabah tempohari....




Monday, June 15, 2009

BERCUTI DI KK DAN KUNDASANG PORING






Sudah lebih seminggu aku tidak berblogging, rindu pula. Aku dan anak-anak daraku dan isteri tersayang bercuti di Kota Kinabalu, Kundasang, Poring dari 6 hingga 14 Jun 2009, dua anak lelaki kami di Kuala Lumpur sibuk dengan studynya, Amirul sedang dengan peringkat akhir menyiapkan tesis master, manakala anak lelaki kedua, Aizat Amzar di Universiti Pertahanan, menunggu masa untuk konvensyennya untuk tauliah sebagai pegawai TLDM, katanya thesis sudah "binding" dan hantar....

Ini gambar-gambar kami semasa bercuti di Sabah itu......










Wednesday, June 3, 2009

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN LALU






Gambar Sahar, Hj. Mohammad (mantan Pengetua SMK Lajau) dan Ismail (KSSPPK)
Gambar Sahar bersama Pengarah Pelajaran Labuan
Gambar Sahar bersama Pengarah Pelajaran Labuan dan Pengetua SMK Pantai
Gambar Sahar bersama KS SPPK dan Pengetua SMK pantai
Gambar Sahar bersama Puan Dona Undoh (PK1) semasa menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara 2007

RUMAH GURU SMK LAJAU TINGGAL KENANGAN







RUMAH GURU SMK LAJAU AKAN BERTUKAR MENJADI MAKMAL SAINS DAN BENGKEL
ANTARA IMPIANKU INGIN MELIHAT PERUBAHAN MINDA PELAJAR SEKOLAH INI UNTUK MENJADI PELAJAR CELIK SAINS DAN TEKNOLOGI

LAWATAN PEMERIKSAAN AUDIT SEKOLAH

Seronok juga kedatangan pegawai Audit Sekolah Sabah dan Kuala Lumpur, kerana kedatangan mereka menyebabkan semua penolong kanan serta guru-guru kanan mata pelajaran di sekolahku, SMK Lajau mengemaskinikan Fail Meja masing-masing walaupun telah beberapa kali kuingatkan mereka menyiapkan dan mengemaskinikannya sebelum ini. Semuanya berganding bahu secara kolektif menyiapkan mana yang perlu dan menambah mana yang kurang. Tidaklah aku keseorangan di sekolah pada musim cuti sekolah ini, bolehlah aku bercuti pula minggu depan ke serata Sabah.... membawa anak-anakku dan isteriku bercuti sakan...