Friday, August 31, 2012

100 hari di smk pantai, Julai 2012

Terima kasih warga smk pantai menerima kehadiran dan bertugas bersama-sama di sekolah yang juga sekolah pertamaku di wp labuan pada 2004 dulu. Apakah tempohku bertugas melebihi lima tahun atau kurang lima tahun, atau kurang tiga tahun atau kurang satu tahun? Hanya Allah yang Maha Mengetahui, yang penting dapat bertugas dengan sebaiknya di SMK Pantai ini, doakan kami terus cemerlang

Dari smk lajau ke smk mutiara, ke smk lajau dan ke smk pantai

Enam bulan di smk mutiara, saya kembali semula ke smk lajau, tiga bulan di sana bertukar pula ke smk pantai, wp labuan mulai 16 april 2012, nampaknya memegang rekod pengetua paling banyak bertukar di labuan dalam tempoh paling singkat, lapan bulan. Ini berlaku selepas menerima surat pelantikan pengetua cemerlang, dan memberi peluang kepada rakan untuk jawatan gred lebih tinggi.