Thursday, August 28, 2008

Wednesday, August 6, 2008

MELAWAT KE RUMAH MURID

Pagi ini aku melawat ke rumah muridku yang kerap ponteng, setelah ibu bapa murid tingkatan satu ini datang berjumpa denganku di sekolah. Aku kunjungi murid ini dan memujuknya kembali ke sekolah, murid ini berjanji akan hadir keesokan hari. Aku tafsirkan, murid ini pendiam dan mempunyai masalah dalaman, nanti akan aku terokai masalahnya setelah hadir ke sekolah dan bekerjasama dengan kaunselor sekolahku. Mudah-mudahan murid ini akan menjadi murid cemerlang. Biarlah kunamakan murid ini Wan sahaja untuk ingatanku.