Wednesday, March 26, 2008

Hari Pertama MSSWP Labuan

Perasmian Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Majlis dihadiri pegawai Jabatan Pelajaran Labuan, para pengetua, guru-guru besar, guru-guru dan murid sekolah rendah dan menengah seluruh Labuan.

Pasukan Olahraga SMK Lajau, W.P Labuan berjaya mengutip satu(1) pingat emas dan enam(6) pingat perak pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan yang berlangsung di SM Teknik Labuan dan di Kolej Matrikulasi Labuan.

Pingat emas dimenangi dalam acara Lontar Lembing perempuan.

Esok kejohanan ini disambung lagi di Kolej Matrikulasi labuan.

Sunday, March 16, 2008

Mesyuarat ALUMNI SMK Lajau W.P Labuan

Salam,

Semua bekas pelajar SMK Lajau, W.P labuan dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Penubuhan ALUMNI SMK Lajau pada:

Tarikh: 21 MAC 2008 (Jumaat)
Masa: 730 malam
Tempat: Dataran Gemilang SMK Lajau W.P Labuan

Jamuan disediakan oleh Jawatankuasa Penaja, juadah secara "potluck" dialu-alukan,
Datanglah beramai-ramai.

Pengetua SMK Lajau,
Merangkap Penasihat ALUMNI SMK Lajau

Saturday, March 15, 2008

Mesyuarat ALUMNI SMK Lajau W.P Labuan

Salam,

Untuk makluman semua bekas pelajar SMK Lajau yang pernah menuntut di sekolah ini dari tahun 1997 hingga 2008, satu Mesyuarat Agung Penubuhan Alumni SMK Lajau, W.P Labuan akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 21 Mac 2008 (Jumaat)
Masa: 7.30 malam
Tempat: Dataran Gemilang SMK Lajau, W.P Labuan

Semua bekas pelajar SMK Lajau dijemput hadir. Jamuan disediakan, juadah "potluck" dialu-alukan

SAHAR
Penasihat ALUMNI SMK Lajau

SELAMAT DATANG SAHARMISRON BLOG

Salam,

Kepada kaum keluarga, guru-guru, sahabat handai, murid-murid yang mengenali saya, saya ucapkan selamat berjumpa di alam maya. Semoga hubungan ikhlas dengan kalian berkekalan.
Sembang ;agi nanti.