Thursday, November 20, 2008

gambar-gambar kenangan 2008

Inilah gambar kenanganku bersama keluarga dan yang berkaitan organisasi perkhidmatan sebagai pengetua di SMK Lajau, W.P Labuan sejak 2 tahun 5 bulan. Biarlah jadi kenangan manis bertugas di sekolah dengan teman-teman yang berjiwa pendidik. Kenangan bersama keluarga yang dirakamkan dalam bentuk gambar akan meninggalkan kenangan untuk masa depan, tambahan ketika melihat anak-anak kian dewasa dan ada yang membesar sungguh menyenangkan dalam hidup ini walaupun sejak kebelakangan ini berjauhan sedikit dengan isteriku.Lagu Labuan Indah pasti akan menjadi kenangan sekiranya nanti pada akhir perkhidmatan aku bertukar balik ke Kuala Lumpur atau ke Johor. Pasti lagu ini menjadi kenangan termanis kerana kebanyakan rakan yang bertugas di Labuan agak keberatan menainggalkan Labuan dan ada yang telah bermastautin selama lebih 30 tahun. Apalah aku yang baru lima tahun di sini.

1 comment:

amiechomel said...

i really miss lagu wilayah persekutuan. masa saya kat semela dulu belum nyanyi lagu labuan indah lagi... mcm yg cikgu kata la, berat sgt hati nak tinggalkan labuan dulu, tapi saya berpegang pada "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung". labuan tetap indah dlm ingatan, tapi hidup tetap harus diteruskan!