Thursday, December 24, 2009

PMR SMK LAJAU MELONJAK 14.57%

Peratus Kelulusan keseluruhan PMR SMK Lajau 2009 melonjak 14.57% berbanding pencapaian tahun 2008. Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau atas komitmen dan usaha serta semangat kesatuan hati, berkat doa seluruh warga sekolah, dengan izin Ilahi, kita syukuri pemberian-Nya ini. Walaupun hanya seorang yang mendapat straight A.Tahniah kepada NNur Sakinah bt Matnor.Kejayaan ini hadiah kepada warga sekolah, Pengarah JPN Labuan/KS JPN Labuan/Pegawai-pegawai JPN Labuan/ibu bapa/masyarakat Labuan yang kita kasihi. 3 calon mendapat 7A,1B; 1 0rang 7A,1C;4 orang mendapat 6A,2B; 1 orang 5A,3B.
Pencapaian GPS juga menunjukkan pencapaian menggalakkan daripada 3.31 kepada 2.85.

Terima kasih dan tahniah kepada semua.

Teruskan usaha adik-adik calon PMR 2010.

Selaku pengetua yang menerajui sekolah ini selama 3 tahun terasa kepuasan dan syukur atas doa semua guru dan staf untuk kejayaan anak-anak SMK Lajau, juga komitmen kalian, bersatu hati untuk kejayaan ini! Kita gemblengkan tenaga dan usaha untuk mencapai yang terbaik tahun hadapan, teruskan doa untuk SPM dan PMR anak-anak murid kita.

Kepada anak kami Nadiah yang mendapat 2A,4B kami juga ucapkan tahniah atas pencapaiannya, cuba lagi dalam SPM 2011, ikut jejak abang-abang dan kakakmu.Usaha mesti boleh!

7 comments:

sonata anak kancil said...

Tahniah atas kejayaan anak didik & Nadiah.

Saya tidak dapat lihat lagi kelulusan sepenuhnya sebab pagi tadi pegi Majlis Hari Kualiti sampai tengahari. Melalui telefon aje - dimaklumkan 25 orang dpt all As - ramai juga dapat 7 As 1B dll...ade peningkatan.

ISMAIL ABDULLAH said...

Tahniah atas kepimpinan tuan dan dedikasi guru-guru. Kena naik terus tak boleh turun sampai capai 100%.

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Tahniah cg Sonata, oklah tu 25 straight A's, seronok dengar. Saya juga seronok dengar sekolah saya di KL, SMK Setapak Indah 30 dapat all A's.
Tn. Ismail, terima kasih atas ucapan, InsyaAllah target kami cepat atau lambat memang 100% PMR, SPM, STPM, kalau PMR 100%, InsyaAllah pengetuanya akan botak licin nanti....he he he

perisai malaya said...

Tahniah! tuan. Tuan Memang hebat. Keep up your good work.

SAHAR MISRON said...

Terima kasih Perisai Malaya, anda juga hebat, bicaramu setajam mata pedang dengan idea bernas dalam catatan blog saudara...Demi Negara tercinta Malaysia!

Zainal Abidin Yaacob said...

syabas tuan atas kejayaan memimpin sekolah tuan semoga usaha murni diteruskan.

Anonymous said...

Tahniah Sdr.Sahar Misron. Saya sebagai guru gembira sekali dengan pencapaian sekolah Tuan. Tahniah.Saya pernah mengajar di Sabah.