Wednesday, December 30, 2009

MESYUARAT POST-MORTEM PMR 2009

Petang ini, 30.12.2009 Mesyuarat Post-Mortem PMR 2009 dipengerusikan Pengarah Pelajaran W.P Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof diadakan di Bilik Mesyuarat JPN Labuan. Walaupun Pengarah agak sedih dengan sedikit penurunan keseluruhan W.P Labuan, setidak-tidaknya kami warga SEMELA menghadiahkan untuk Pengarah peningkatan 14.57% keseluruhan PMR 2009, kami berdoa semoga kami dapat mempertahankan atau meningkatkan prestasi untuk tahun hadapan, kami akan berusaha demi murid-murid SEMELA tercinta. Harapan kami untuk menghadiahkan kejayaan SEMELA sempena persaraan Pengarah Oktober 2010! Dalam mesyuarat tadi dalam nada separuh bergurau, sempat saya memohon agar diwujudkan Kelas Rancangan Khas di SMK Lajau, sekelas pun cukuplah!

Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga guru dan staf SMK Lajau yang bersatu hati untuk kejayaan anak-anak murid SEMELA.

7 comments:

sonata anak kancil said...

semoga permohonan kelas RK di luluskan...dpt la murid yang UPSR nya memberangsangkan...lepas tu kena la try to maintain masa di sekolah menengah...kalau kami disini diminta try kekalkan prestasi - masuk 5A - so at least masa F1 onward kenalah macam tu jugak...tu yang cikgu2 pun kena mantap ngajar kelas RK ni...kelas RK kami ramai jugak menyumbang straigt A PMR baru2 ni...& yg sayangnya ade yang 6A1B...

sonata anak kancil said...

ohhh salah sikit ....ade yang 7A1B...kalau tak, kami dah kira2 boleh dapat sampai 35 - 40 straight A...

SAHAR MISRON said...

Itulah harapan kami, agar Pengarah bagi sikit murid yang UPSR ok kalau tak nama KRK pun tak apa. Pagi ini Pengarah jumpa warga guru SMK Lajau nak kongsi kejayaan...Tahniah kepada sekolah cg Sonata yang hebat tu,teruskanusaha yang &A,1B kalau B BM/BI/PI boleh buat semakan semula...

zabyps said...

2010 PMR mesti mendapat % kelulusan yg lebih tinggi dan juga kualiti dimana ramai pelajar tuan mendapat jumlah A yg banyak.Usaha tuan dan guru-guru tuan selama ini amatlah dihargai.

SAHAR MISRON said...

Doakan kami lebih berjaya tahun 2010 ini, doakan kami juga cemerlang SPM dan STPM...TK Zabyps...atas sokongan, kami hargai...

Zainal Abidin Yaacob said...

walaupun kami jauh dari sepulau sekasih kita namun doa utk kejayaan tuan & sekolah tuan tetap kami aminkan.Gunakan segala ilmu yg tuan dapat dr intitusi pengajian tinggi utk dicurahkan kpd guru-guru & anak murid tuan yg tersayang.Harapan kami dr jauh agar 2010 PMR,SPM & STPM akan melonjak dan mengharumkan nama sekolah SMK Lanjau, Labuan.

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima saudara Zainal, InsyaAllah berkat doa sdr dan rakan-rakan SMK Lajau: Sederap meluncur Laju, kami berdoa semoga SPM/STPM 2009 dan PMR/SPM dan STPM 2010 melonjak lagi...demi anak-anak "Sepulau Sekasih Kita".....Nanti kita jumpa dari Pulau ke Pulau....