Saturday, November 28, 2009

Kawasan RehatPERJALANAN KE KUALA LUMPUR

Pagi ini berkereta dengan anakku, Amirul Husni ke Kuala Lumpur untuk seminar Tg 6. Berhenti rehat tengah hari di Kawasan Rehat Seremban, makan nasi berlauk ikan keli dan kerang rebus.

Sam dan anak-anak telah balik ke KK malam tadi, penerbangan Sam lewat sejam daripada jadual. Nak jadi cerita, Naqibah ditahan di Imigresen kerana bawah umur hanya ditemani kakak-kakaknya, pegawainya bercakap denganku di telefon. Tahulah aku peraturannya ibu/bapa perlu sediakan surat kebenaran anak bawah umur. Aku nyatakan mengikut perancangan merekaa balik sekali denganku, cuma aku menyambung tugas rasmi di KL. Tahulah aku lain kali prosedurnya. Bagus juga peraturan ini kerana mengelakkan anak bawah umur dilarikan atau anak-anak lari dari rumah, tahniah Jabatan Imigresen. Terima kasih kerana Naqibah boleh masuk ke KK setelah kuberi penjelasan.

3 comments:

sonata anak kancil said...

alhamdullilah selamat ....selamat berkursus lagik!

SAHAR MISRON said...

Terima kasih cg Sonata, selamat bercuti....

.:: Suhaidah Tan ::. said...

salam cikgu...Selamat hari raya adiladha saya ucapkan..walaupun dh terlambat...emm cikgu bila nak upload cerpen? :D