Sunday, November 29, 2009

Sekarang di MEXICO H

Malam tadi di Mexico H, malam tadi juga keluar makan di Lala, Kg Baru dengan Amirul dan Ammy. Lena tidur di Mexico H. Pagi ini keluar sarapan di Kl Sentral. Kulihat sekarang orang Malaysia pandai beratur apabila menaiki bas atau ketika membeli tiket monorel,atau lrt. Perlkembangan baik dari segi kesedaran sivik, kalau dulu berebut-rebut. Apa yang kulihat di UK, France sekarang sudah diamalkan rakyat Malaysia, syukur. Balik sarapan balik berehat, petang baru ke Summit.

Petang semalam ziarah isteri Sdr Hj Mokhtar yang baru menjalani pembedahan slip disk, akibat kemalangan sebelum puasa dulu.Kesian kutengok Kak Azizah terlantar tak boleh bergerak, syukur selamat. Agak teruk juga kemalangan dulu, sampai remuk kereta, pengsan 20 minit, mujur hamba Allah menolongnya menjaga beg tangan dll masa kemalangan, menurut Sdr Mokhtar, radio kereta pun dikebas orang, apa punya manusia orang susah dicuri pula harta bendanya. Syukur Sdr Hj Mokhtar walaupun sudah bersara masih sihat menjaga isterinya, bergilir dengan anaknya. Selepas adik Kak Zah sampai, Mokhtar mengajak aku ke Chow Kit, kami makan sup dekat Hotel City Villa. Sebelumnyan sempat solat asar/sunat di Masjid Hospital...

No comments: