Thursday, July 9, 2009

MESYUARAT PERSEDIAAN PELANCARAN ANTOLOGI "SEPULAU SEKASIH KITA"

Malam ini jam 830 malam di Restoran Malindo, kami AJK PERWILA bermesyuarat untuk persediaan Pelancaran Antologi Puisi "sepulau Sekasih Kita" yang dipengerusikan oleh Ketua Satu, Dr. Harun Hj. Pudin, dihadiri hampir semua AJK PERWILA. Cadangan tarikh 31 Julai 2009, perasmian oleh YB Ahli Parlimen Labuan Dato' Hj Yussuf bin Hj.Mahal bertempat di Ujana Kewangan Labuan jam 230 petang.

Acara dipenuhi dengan tarian rampaian dan selamat datang, multimedia, bacaan puisi penulis antologi, serta perasmian. Dijangka 100 orang akan hadir termasuk Ketua Jabatan yang dikenal pasti, ketua-ketua kampung, dan orang ramai dijemput sama....

3 comments:

Meet Uncle Shah said...

Tahniah kepada PERWILA.

naadli88 said...

TAHNIAH ,KERANA ANAK-ANAK DIDIK TUAN TELAH BERJAYA MENJUARAI KUIZ PENGGUNA WILAYAH PERSEKUTUAN ..NAMPAKNYA DAH DUA TAHUN BERTURUT-TURUT ..DIHARAPKAN PADA PERINGKAT KEBANGSAAN NANTI ANAK-ANAK DIDIK TUAN AKAN MENAIKKAN NAMA LABUAN MENJUARAI PERINGKAT KEBANGSAAN NANTI ...TERUSKAN MENCURAH BAKTIMU UNTUK BANGSA DAN NEGARA ...SELAMAT BERTUGAS.....

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas dorongan tuan, moga pelajar SMK Lajau akan berjaya di peringkat kebangsaan....Jumpa nanti di Labuan