Monday, July 6, 2009

MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG GAPENA DI RUMAH BARU GAPENA DI KL

Aku bercuti rehat dua hari minggu lepas untuk menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA pada 3 dan 4 Julai yang diadakan di No. 899, Jalan Belfield,(YM Dato' Tg Alauddin pernah tinggal di situ) Kuala Lumpur, dipengerusikan oleh Tan Sri Prof Emeratus Ismail Hussein. Aku dan Hj. Othman Mahali mewakili PERWILA, satu-satunya persatuan penulis di Labuan, kami menginap di Hotel Midah, tidak jauh dari Rumah Gapena. Malam 3 Julai, Majlis Perasmian oleh YB Dr. Mohd Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran. Pagi 4 Julai aku dan Hj Othman berjalan kaki sahaja ke Rumah Gapena, di pertengahan jalan Sdr. Aziz dengan kereta penuh dengan kuih-muih , tak dapat kami menumpang kereta beliau. Tidak lama kemudian Tn Hj A. Rahim Abdullah menumpangkan dengan keretanya ke lokasi. Di sana sudah ada beberapa rakan karyawan dan Jawatankuasa Kerja sedang berbual-bual, kami antara yang awal mendaftar kehadiran mesyuarat.

Agenda mesyuarat berkisar kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu, dan orang Melayu....Seronok bertemu rakan-rakan penulis dan karyawan dari seluruh negara. Mewakili PERWILA kami menawarkan Mesyuarat Agung GAPENA tahun hadapan diadakan di Labuan sempena ulang tahun 25 Tahun PERWILA.

1 comment:

Norgadis Labuan said...

Nampak macam menarik cadangan tu...