Sunday, May 31, 2009

SIKECIL CILI PADI BERCUTI DI KK AWAL

Tengah hari ini sikecil cili padi, Naqibah bercuti di KK awal dengan mamanya. Mereka naik feri ke KK. Kami akan menyusul kemudian, kali ini bercuti di Sabah nampaknya...selepas Nabihah habis PLKN di Papar, bolehlah ke Kundasang dan tempat menarik lain di Sabah....nak ke Tawau ke tidak, tengok keadaan kan....Naqibah siap dengan pakaian mandinya kerana di apartment mamanya ada kolam renang....pandai ke berenang, jangan-jangan pakai pelampung kot.

Aizat dan Amirul di KL, saat-saat akhir untuk konvo dan konvensyen mereka... Teruskan usaha dan berdoa cemerlang lagi....Dah posting nanti, mula alam pekerjaan yang mencabar....Beri tarikh awal supaya abah dan mak dapat atur cuti pada hari konvo kalian.....Semoga terus berjaya.

7 comments:

Sofinah Lamudin said...

Salam,
Selamat bercuti cikgu :)..

SAHAR MISRON said...

Terima kasih Sofinah, selamat bercuti juga, jangan lupa ulang kaji ya...

sofia said...

wah..besh la cik aris buleh cuti2 nih...round satu sabah la ya..hihi

famili dari segamat sihat jer...
mak kirim salam..=)

SAHAR MISRON said...

Sofia, serta keluarga di Segamat; hujung tahun kami akan bercuti di Johor dan KL, jumpa nanti, salam kat mak dan semua keluarga.

sonata anak kancil said...

sedang berkira2 ntah sampai ke tidak ke KK lagi...nak cari masa2 cuti tu belum pasti! kalau ke sana nak ke Kundasang lagi - ke kaki gunung tu...

Aizat Amzar said...

ijat nak gak ikot bercuti..
maner aci camni..
xpatot2 sy ditgl kan.. hahaha

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Cg Sonata, bulan Disember bolehlah naik gunung Kinabalu, minggu lepas kami di Tempohon sahaja, tempat mula mendaki, plan mendaki Disember kalau cuaca elok.

Ijat, kan sibuk latih kawat untuk tauliah, he he he... kena tinggallah....nanti posting Sabah tau... bawa kami pula bercuti....