Saturday, May 23, 2009

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di WP Labuan dan seluruh Malaysia, 16 MEI tarikh bersejarah setiap tahun. Tahniah kepada Tuan Haji Ahad bin Ahmad yang dianugerahkan TOKOH GURU Labuan 2009. Pagi semalam kami merayakan perayaan ini di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan.

Petang aku dan isteri ke rumah Cikgu Norsiah yang mengadakan kenduri kesyukuran dan arwah di Kerupang, Labuan. Balik dengan bekalan sekali, kata orang Jawa, "bontrot", betul ke istilahnya ni, lupa-lupa ingat.... maklumlah lama tak "ngomong Jowo"

3 comments:

sonata anak kancil said...

Selamat Hari Guru cikgu Sahar! Lama tak dengar berita2 dari Labuan...

Peringkat sekolah saya pada 18.5, peringkat negeri sambutan kemuncaknya pada 28.5...sebelum adalah macam2 program...

Meet Uncle Shah said...

Selamat Menyambut Hari Guru!

Semoga Guru-Guru Labuan Dirahmati ALLAH & Di Beri Kesihatan Yang Baik Sepanjang Tugas Memberi Ilmu Kepada Anak Bangsa.

SAHAR MISRON said...

Terima kasih cg Sonata, terima kasih Shazul, seronok bila murid doakan kesihatan guru-gurunya, agar terus dapat mendidik murid-muridnya jika kesihatan mantap, tiadalah guru ambil MC kan?.....Ah, kalaulah 5 juta murid mendoakan demikian....guru sentiasa dekat di hati muridnya kan?