Sunday, May 10, 2009

CUTI PLKN

Sabtu semalam anak ketiga kami yang bernama Nabihah pulang bercuti daripada Program PLKN di Kem Wawasan Papar. Kami menunggu hingga senja di Terminal Feri Labuan, kebetulan Samsiah, isteriku pulang bercuti hujung minggu. Jadi kami bersama anak kami Nadiah dan Naqibah menunggu Nabihah. Sesaat sebelum senja Feri dari Menumbok pun mendarat. Ramai juga pelatih PLKN yang bpulang bercuti, termasuk empat bekas muridku di SMK Lajau. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cg Sani yang tolong mengambil Nabihah. Jasa cikgu jadi ingatan kami. Aku kenal Cg Sani semasa bertugas di Jabatan Pelajaran Labuan lagi, masa itu cg Sani di SJKC Chung Hwa, sekarang beliau di SK Sg. Bedaun.

Seronok adik-adiknya melihat kakaknya tiba, khususnya sikecil comel, Naqibah, terus mereka berpelukan macam orang balik haji pula....Kakak mereka akan bercuti hingga 12 Mei, kebetulan esok, 11 Mei Nabihah akan melapor diri untuk ke Tingkatan 6(Program PraU SEMELA) di SMK Lajau, tempatku bertugas, lusa akan balik berkursus di PLKN. Ibunya pula pagi esok akan pulang ke Kota Kinabalu.

Selamat Hari Ibu untuk Samsiah, isteriku, juga ibu mertuaku Hjh Masimah Hj Ahmad...juga kepada semua ibu di Labuan, Malaysia dan di seluruh dunia...Selamat menyambut HARI IBU.....Hari Bapa bila ya?....

12 comments:

amiechomel said...

Hari Bapa disambut setiap hari Ahad kedua bulan Jun...

sonata anak kancil said...

pergi sekolah

pakai baju biru

tarakucha tarakucha la la la

selamat hari ibu

tak lama lagi selamat hari guru....

Hari bapa bulan Jun...tak lama dah tu

Norgadis Labuan said...

Selamat Hari Lahir ke-50. Belum terlambat lagikan. Layari blog saya utk ucapan hari lahir sdr...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih cg Azimah maklumat hari bapa. Cg Sonata: pandai buat pantun moden ya. Nurgadis, terima kasih atas ucapan ulang tahun kelahiran.....

Meet Uncle Shah said...

Salam,

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru-Guru SEMELA!

Salam Rindu Buat Semua!
;p

TheRain said...

Selamat Hari Guru,Cikgu Sahar... I'm SMK Lajau ex-student.. Ranny..

TheRain said...

Selamat mendidik anak2 bangsa....

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Ranny dan Shazul, terima kasih atas ucapan hari guru, semoga kalian terus berjaya dalam hidup, pelajaran dan kerjaya.....

Aizat Amzar said...

hari bapa bkn 21 jun ker??
ijat daa abes exam..
thesis daa siap jilid dan hantar..
hanya sdg menunggu result kuar..
cuak2, cm tgu result spm kuar pulak..
SELAMAT HARI GURU..

SAHAR MISRON said...

Ijat baguslah tu dah habis exam, tak ke Lumut ke? Abah, mak dan adik-adik doakan Ijat lulus cemerlang......Cuti bila? dah habis semester ini kan?

SOFIE FOEVA said...

Salam...
Sorry i'm late...
SELAMAT HARI GURU cikgu Sahar :)..

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Sofie, terima kasih atas ucapan selamat hari guru....Semoga terus cemerlang