Tuesday, March 10, 2009

SEMANIS KENANGAN MENGGAPAI CITA DAN IMPIAN

Tiada semanis kenangan dan seindah cita dan impian daripada melihat anak-anak SMK Lajau mencipta kecemerlangan STPM 2008, rekod sekolah 100% lulus STPM. Tahniah semua, dan terima kasih kepada seluruh keluarga yang memahami tugas getir abah sebagai pengetua sebuah sekolah....penuh liku dan ranjau yang perlu dilalui.

Syukur atas kecemerlangan kualiti juga, 10 pelajar 3 pointer ke atas, 11 mendapat 5P, 13 mendapat 4P.... Tahniah kepada semua pelajarku....Juga kepada semua warga guru dan staf yang jelas hala tuju sekolah yang hendak kita kemudi...."SMK Lajau terbaik Tahun 2010" Setelah kepedihan yang masih terasa lukanya dalam PMR hujung tahun lalu, syukur kepada Ilahi yang menyayangi waarga kami. Moga diteruskan kecemerlangan dalam SPM pula... Kami berdoa semoga Nabihah anak kami juga boleh cemerlang mengikut jejak langkah abang-abangnya... Mudah-mudahan....menanti debar gegar emosi 12 Mac 2008...

5 comments:

amiechomel said...

tahniah buat bekas anak2 didik saya di semela and also buat bekas teman sekerja... Tiada yg lebih membahagiakan buat seorang guru selain mendengar berita kejayaan anak2 muridnya...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih saya ucapkan, memang seronok dapat melihat kejayaan ana-anak murid, bukan apa tumpang gembira kongsi kejayaan mereka...SPM tak tahu macm mana, esok resultnya.

MeeT uNcLe sHaH said...

tahniah Cikgu and all of the SEMELA staff!!

terharu bila baca luahan seorang guru.
erm, terima kasih kasih guru

sonata anak kancil said...

tahniah!sekolah saya pun ada juga, result penuh belum lihat lagi...Sebab kami tersangat sibuk pencalonan sekolah cemerlang...hari ni dok tunggu2, tak datang, dapat fax, datang lepas cuti ni...

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas komen semua, shazul, cg Azimah, cg Sonata....semoga semua berjaya.