Monday, March 9, 2009

JUMPA SAHABAT LAMA PPK

Pagi tadi sebelum hantar Samsiah ke Terminal Feri Labuan, sempat menyambut sahabat lama masa di PPK, Persiaran Duta, KL 10 tahun lalu....Saudara Idris Kadir. Beliau sekarang di BPG, membawa pelatih IPG Islam, Bangi seramai lapan orang jalan-jalan ke Sabah dan Labuan. Kenderaan disediakan oleh Jabatan Pelajaran Labuan....

Malamnya, selepas mereka makan malam dengan Pengarah Pelajaran, aku datang bertemu Idris dan bersembang-sembang cerita masa di PPK, hingga beliau ke BBT, dan IPG Tawau sebelum balik semula ke KL...Lama aku tidak berjumpa beliau. Cuma sekarang beliau memakai kaki palsu kerana sakit kencing manis semasa di Tawau dulu...dia masih seperti dulu, peramah dan suka bercerita, memang kami agak rapat semasa di PPK kerana kami sama-sama dari USM Pulau Pinang, walaupun beliau senior sedikit....umurnya juga lebih sedikit berbanding diriku...Esok mereka akan keliling Pulau Labuan kerana pelatih yang dibawa pertama kali datang ke Labuan.

5 comments:

sonata anak kancil said...

Seronoknya jumpa kawan lama! Kalian dari USM? Keluaran tahun berapa tu! saya pun dari sana jugak, major geog man....entah2 perasan kenal kot...

SAHAR MISRON said...

Kami memang dari USM, saya graduated 1991, my friend setahun sebelum,kami sama-sama di PPK...di USM kami pelajar off campus....Cikgu tahun berapa graduated?

sonata anak kancil said...

Oh gitu...perasan tu kenal, pelandok ngan kancil sama rupanya!1st degree USM - 7 yrs senior cikgu!2nd degree UTM (space)- 9 yrs ago...3rd? tunggu pencen kot...belajar sepanjang hayat kan...

SAHAR MISRON said...

Tak berapa jelas, saya senior ke cikgu senior di USM?, Saya 2nd degree di University of Bristol,United Kingdom...PhD? Pencen baru buat.....he he he

sonata anak kancil said...

Saya la senior cikgu Sahar! saya graduated 1985- fresh student...2000 master management.