Monday, March 16, 2009

CUTI PERSEKOLAHAN KAMI SEKELUARGA DI LABUAN

Cuti sekolah kali ini kami bersama sekeluarga di Labuan, Samsiah bercuti seminggu. Hari Rabu 18 -21 Mac aku akan ke Langkawi menghadiri Mesyuarat Akademik di sana. Nabihah, anak kami yang ketiga akan ke Papar mengikuti Latihan Khidmat Negara, seronok dia bakal menembak dengan M16, abah hanya biasa dengan Pistol Separa Automatik di Lapang Sasar..... menanglah tu, nantilah abah pun teringin nak guna M16. Nadiah pula akan mengikuti perkhemahan pada minggu depan. Aku pula akan ke Pulau Papan untuk Kursus Asas dan Pentaulihan KRS sebagai Komandan pada 28-29 Mac 2009. Selepas itu ke Tang Dynasty untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah di sana dari 3-5 April, tiada hujung minggu nampaknya...

7 comments:

sonata anak kancil said...

Nama je sekolah cuti ...hakikatnya macam kita ni mana ada erti cuti sebenarnya...Kena rebut masa nak buat macam2 urusan.Ape lagi pengetua. Saya pun macam tu la...

SAHAR MISRON said...

Sama-sama bekerja kan, usah merungut tau...ada peluang nanti cutilah.. Bila nak ke Labuan?

sonata anak kancil said...

"pantang' dicabar ni...bila ye nak ke Labuan???

Tapi cikgu , saya nak naik Gunung Kinabalu...macamana kita gi sama2 - serius ni!Boleh tak bantu ? Ada staf saya nak gi - mintak saya uruskan , macamana?

SAHAR MISRON said...

Nak naik gunung Kinabalu? Bagus tu, saya naik tahun 2007 lalu waktu umur kurang sikit 50 tahun, syukur naik sampai ke atas... bila nak pergi? Kena hubungi agen atau terus telefon Kinabalu Park untuk tempahan... kalau kena gaya kami sekeluarga nak gi juga....

sonata anak kancil said...

TQ info. Cadangnya bulan Dis 09. Ada kenalan kat KK/Tawau, nanti saya cuba tanya beliau. Bimbang satu je...rancang punya rancang, tak jadi lak...

SAHAR MISRON said...

Kalau kami ada kesempatan boleh kami join sekali, tapi lepas exam SPM dan STPM kot, kalau pakej nanti saya tanyakan kawan yang biasa uruskan...

sonata anak kancil said...

Begitu lah cikgu, saya pun kalau nak ke mana2 pun selepas habis SPM/STPM.

Dulu2 sentiasa jadi ketua pengawas macam2 jenis exam...le ni biarlah "adik2" muda pulak...kita "berehat" kat sekolah udah le...Bukan berehat apa - jaga anak murid kat sekolah masa exam la!!!