Samsiah, isteriku sedang berada di Akademi Audit Negara, Nilai Negeri Sembilan, berkursus sehingga 14 Februari, hai dah dua kali berkursus di sana sejak cuti sekolah yang lalu, kursus menambahkan pengetahuan, jangan lupa kerja sudahlah, gunakan ilmu sebaik mungkin,...... mana tahu boleh naik pangkat lagi, dapat juga kami tumpang rezeki.... kena belanja di Hotel Istana tau.... Nanti bulan Mac bolehlah abang belanja di Dorsett Labuan....sekarang tunggakan belum dapat lagi....
Aku sms Samsiah, ceritakan pertemuanku dengan As, orang kampungku, juga saudara jauh.... Tapi bila merantau begini saudara jauh jadi saudara dekat... Teringat masa aku ke Europe dulu, pantang jumpa muka macam orang Melayu, cepat sahaja nak tegur, "Are you Malaysian?" termasuklah orang Cina yang mukanya nampak macam orang Malaysia...Terus bersembang, sama-sama rindukan Malaysia kan...Rasa seronok jumpa "Malaysian"....kadangkala tersilap juga, sebab orang Filipino pun rupa kita, orang Indonesia pun sama muka kita, orang Cocos pun muka kita...Itu yang kadangkala orang pun silap tegur kita, yang lucunya bila ada orang tegur aku orang Pakistan ke? Tertawa terbahak-bahak aku.... mungkin kulit sawo matang dengan hidung mancung... Di Filipina pula ada orang sana terus cakap Tagalog denganku kerana menyangka aku orang sana, apa lagi aku pun kata "Hindik" (Tidak), "I am Malaysian, from Malaysia...." Dia macm tak percaya saja, yalah mukaku macam Jowo (Jawa) ada, macam Filipino ada, macam Pakistan pun ada.... bolehlah aku menyamar kan?... He he he...
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sayangkan isteri, selalu kena ditinggal2kan...Mudahan dapat naik pangkat lagi...boleh rasa tempiasnya!Tak dia kita kan, begitu lah urusan rasmi dah dipertanggungjawabkan, kenalah menurut perintah...
Begitulah cikgu Sonata, bukan saja-saja kami berjauhan, tanggungjawab kan? SYMP kan.... Doakan kami bahagia sekeluarga, kami doakan cikgu bahagia ke anak cucu juga...
Post a Comment