Memang benarlah kata orang dunia ini kecil rupanya. Hampir enam tahun aku di Labuan, petang ini seperti biasa aku membeli nasi bungkus di gerai Kerupang, nasi bungkus kata orang Labuan "tapau"... sedang tapau makanan, aku terdengar penjual itu seorang perempuan dalam lingkungan 30 an, bercerita bapanya meninggal dunia baru-baru ini akibat jatuh dan terus koma. Apabila pelanggan yang berbual itu berlalu pergi aku bertanya, "Johor di mana?" Dia menjawab, "Batu Pahat", aku bertanya lagi "Batu Pahat di mana?", katanya di "Senggarang!" Terkejut aku, lalu tercetus "Sungai Lurus?" Dia mengiakan... Sungai Lurus Laut, katanya.
"La, sekampung kita, anak siapa? "Anak Misran"... dah dekat dengan "Misron, bapaku. "La, anak Wak Misran?" Terlopong aku, rupanya Wak Misran baru sahaja meninggal dunia, orang tua yang begitu lama tidak aku temui. Rupanya penjual di gerai itu anak Wak Misran, gelaran namanya As, aku ingat-ingat lupa.... kerana usianya jauh lebih muda, masa aku dewasa dia masih budak-budak lagi, lagipun aku awal-awal lagi sudah keluar merantau, sama ada semasa belajar di Tingkatan 6, maktab perguruan , universiti, hingga ke London...
lepas tu balik ke Kuala Lumpur lagi, memang aku bertuah berjumpa dengan orang kampungku di Labuan, yang juga masih ada pertalian keluarga yang agak jauh, malah semasa Kampung Sungai Lurus Laut yang asal belum dimakan laut, kami tinggal sebelah rumah, berjiran dan bersaudara. Mungkin dia pun tidak menyangka akan berjumpa dengan orang kampungnya. Aku pula di kampung dikenali sebagai "Harris", mana orang kenal "Sahar" hanya kenalan rapatku dan keluargaku sahaja yang tahu kalau di kampung.Pelik juga aku bila dia panggil, "ini abang Harris ya".... dalam keluargaku orang kampung lebih mengenali kakakku, Sanah (Kak Non), abang Salleh, dan Kak Ros, serta adik bongsuku Idah (Zuraidah), aku dan adikku Azmi orang tak berapa kenal... mungkin kerana kami di tengah keluarga...itulah akibat merantau awal-awal masa sekolah... Macam Kak Non, kakakku seorang Ustazah ramai kenal sebab anak sulung,guru As juga, begitu juga Idah anak bongsu kerana umurnya tidak jauh beza dengan As....AS, nama penuhnya pun aku tak tahu, esok-esoklah aku tanya....aku pun berikan no telefon adik-beradikku yang lain...
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Wak Misran, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman (umurnya 78 Tahun masa meninggal). As juga menyampaikan khabar, Madi abang sulungnya yang pada mata kasarku , se3orang nelayan pantai yang tabah dan gigih kerana keberaniannya meredah Selat Melaka, mencari rezekinya di laut, juga Al-Fatihah kepada arwah abang Madi.....
Dunia ini kecil rupanya, Pulau Labuan menemukan jiran/saudara sekampung....Walaupun sudah bertahun aku membeli makanan, tak pernah pula kami bercerita asal-usul, nasib baik telingaku menangkap perbualannya dengan pelanggannya tadi....Pulau Labuan Indah tempat kami mencari rezeki, siapa sangka dari Kampung Sungai Lurus ke Labuan, ada kenangan yang menjaluri diari hidup kami.
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment