Saturday, February 7, 2009

HUJUNG MINGGU BULAN FEBRUARI

Minggu ini, isteri Samsiah balik ke Labuan, gembira anak-anak. Walaupun sibuk dengan pelbagai acara rasmi seperti Perjumpaan Permuafakataan sekolah "feeder" SK Lubok Temiang, jam 8.00 pagi Sabtu, selepas itu Majlis Perasmian PSV Pameran di UK, kami sekeluarga sempat juga ke pameran seni visual di UK. Karya seni berupa lukisan dan catan sungguh memukau dan menarik perhatian, hebat guru-guru PSV di Labuan rupanya, karya rakan guru Puan Norita Ismail (KP PSV) sekolah kami, Saudara Mohd. Nizam Yassim pegawai JPN, Cikgu Saidi, malah karya muridku Mohd. Safwan Md Nor turut pamerkan. Perasmian oleh Encik Mohammad Zaki Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Beliau menyarankan agar bahan pameran bolehlah dipamerkan di Galeri Pembelajaran SMK Lajau sekiranya ada majlis yang sesuai, kami warga SMK Lajau mengalu-alukan.

Tahniah kepada rakan-rakan guru PSV Labuan. Gambar pameran akan menyusul...
Damai,Pagi Ahad aku akan ke SMK Mutiara untuk promosi keanggotaan ahli baru Koperasi Pelajaran W.P Labuan (Kopell Bhd), jam 8.30 pagi, selepas itu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Pengawas SMK Lajau dan selepas itu menghantar Samsiah ke Terminal Feri Labuan, petang pula sudah tentu membawa anak-anak ke Pantai Damai, Pohon Batu... Jalan-jalan Cari Makan... Selamat Berhujung Minggu kepada saudara-mara, sahabat, murid dan guru-guruku di seluruh pelosok dunia.

3 comments:

amiechomel said...

cepat2la upload gambar hasil karya warga semela tu, especially si safwan!

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Cikgu,

Memang seronok kalau dapat berjalan-jalan bersama yang tersayang di hujung minggu.

Sabtu baru ni, cuci mata ke Wakaf Che Yeh. Seronok!!! Tapi, sayang ia tercemar dengan "sindiket" peminta sedekah yang mempergunakan kanak-kanak sebagai modal mendapatkan duit dengan cara yang mudah!!!

Kesian tengok budak-budak tu, siap berebut minta sedekah!!!

SAHAR MISRON said...

Maaf belum sempat upload cg. Shazul, memang seronok jalan-jalan ya....kita kena hati-hati dengan mereka kerana sindikit tu ada orang backup, silap-silap pendapatan dia beratus sehari