Malam ini sempat aku mengunjungi Cikgu Khairil di Hospital Nukleus Labuan bersama sikeuru anakku cili padi. Ramai kawan JPN dan guru sekolah yang ada di wad 1 itu, termasuk Ustaz Syed Al- Hafiz, Nizam, Ustaz A. Rahman, Cikgu Wan Hasbullah, dan banyak lagi. Kita sama-sama doakan kesihatan dan kesejahteraan Cikgu Khairil yang juga guru anakku Nadiah. Keadaannya sudah agak tenang tetapi masih bercakap tidak berhenti-henti. Khabarnya sudah dua dos ubat disuntik doktor tetapi keadaan beliau masih begitu. Sebelumnya dalam perjalanan ke wad aku bertembung dengan Dr. Arnold yang rupanya merawat Cikgu Khairil, kami sempat berbual seketika.
Semoga cepat sembuh Cikgu Khairil. Sudah kumesej Ustaz Ramizu supaya bacaan Yassin pagi Jumaat turut sama-sama warga SMK Lajau mendoakan kesejahteraan cikgu Khairil, juga Cikgu Kuizanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Semoga cikgu Khairil cepat sembuh dan sentiasa didalam keredhaan Illahi...
Terkejut saya apabila mengetahui keadaan Cikgu Khairil (ada kawan menceritakan di sekolah pagi Jumaat tadi). Semoga cikgu cepat sembuh. Cikgu Khairil merupakan salah seorang guru yang bersemangat demi pelajar2nya...
Semoga Allah s.w.t menghindarkan Cikgu Khairil dari sebarang perkara yg buruk... insya-Allah... Amin...
Terima kasih atas keprihatinan semua, sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau, semoga dilindungi Allah jua.
Post a Comment