Friday, January 23, 2009

SECEBIS CATATAN

Kadangkala orang tidak tahu jadi cikgu ni bukan tugas yang mudah, menerusi mata kasar memang nampak senang, masuk jam 7.00 pagi, jam 2.00 petang dah balik...Tetapi sebenarnya lebih daripada itu... mana ada kerja lain yang kerja lapan hari seminggu... Sabtu, Ahad sama saja... buku latihan murid hendak diperiksa, "headcount" nak buat.... kokurikulum lagi, hantar murid lagi, jadi guru pengiring lagi, mesyuarat di Jabatan Pelajaran lagi....Kadangkala orang pandang Pengetua nampak senang... sign surat saja.... Mereka tak tahu, betapa berat tanggungjawab yang perlu digalas, muridnya, gurunya, stafnya... akademik, sahsiah, kokurikulumnya, hubungan luarnya, macam-macam lagi...Tapi orang kata kerja kena bersemangat walaupun di sekolah nampak ceria bersemangat, sampaSali rumah lepak habis, malam bangun lagi... update blog lagi... demi anak-anak tercinta tanpa mengira batas bangsa dan agama tugas kita laksanakan.

Seronoknya jadi pun macam-macam... dah berpuluh tahun jadi cikgu, jalan di mana-mana ada saja murid tegur...di bank ada murid, di terminal feri ada murid, di airport pun ada murid, di laut ada murid, di udara ada murid, di gunung ada murid... Seronok mereka jadi orang.. Pernah ke cikgu melawat lokap balai polis ke, penjara ke, pusa serenti, entah-entah murid kita di sana kan? Salah siapa mereka di sana? Salah cikgu? salah penolong kanan? salah ketua bidang? salah ketua panitia? salah ustaz?salah ustazah? salah pengetua? salah PPD? salah pegawai JPN? salah ketua sektor?salah pengarah pelajaran? salah ketua sektor? salah pegawai PPD?JPN? KPM?... Fikir sama-sama... Kerja kena ikhlas, bersungguh-sungguh, tabah, tahan kerenah....Segala-galanya... Ini kerjaya pilihan kita, pilihan hampir 400,000 orang di Malaysia...Harapan kita tentunya tidak ada seorang guru di Malaysia menjadi guru sebagai kerjaya pilihan terakhir? Kalau semua guru di seluruh pelosok negara kita kumpulkan tenggelam Pulau Labuan! Amacam di mana kita boleh kumpulkan semua guru di Malaysia, pulau mana? dataran mana? lembah mana hendak kita berkumpul untuk melaungkan kata semangat "Kami guru Malaysia bersatu hati!" Kalau satu dunia? Ada siapa-siapa tahu data guru sedunia?.....itu "cikgu" sekolah formal, cikgu sekolah lain-lain... sekolah pondok? International School? dllllllll...Siapakah yang akan mengumpulkan seluruh warga guru Malaysia?Dunia?... Tak tahu bila agaknya, tahun hijrah bila, tahun masehi mana semua guru boleh melancong ke bulan?

5 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Cikgu,

Erm, siapa pun kami yang "terbentuk" hari ini, di belakang berdiri "sekumpulan manusia" bernama guru.

Setiap kali kejayaan kami ada nama kalian disebut, apatah lagi ketika bertemu sahabat lama. Pasti, nama mereka bergelar guru meniti di bibir-ibir insan yang pernah di didiknya.

Terima kasih guru!!!

sonata anak kancil said...

Tuan Pengetua cakap/tulis tu memang betul! Hanya 'guru' yang tahu bidang tugas 'guru'....Bukan senang sebenarnya...Cikgu, sama tak???he he he...samalah gamaknya.

Tapi kekadang rasa agak 'sedih' guru@cikgu pada hari ini, this is the last choice!Bila kata macam tu, faham2 aje le...itu tak reti,ini tak reti...ingat kita yang 'tua'dalam pendidikan ni semuanya reti???belajor le...kan belajor hingga akhir hayat...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih atas ulasan serta usaha mempertahankan martabat guru.

Oh ya, ramai juga orang Johor yang menabur jasa bakti di negeri orang kan? Di mana-mana bertugas pun sama sahaja, yang penting untuk anak-anak Malaysia tercinta.

amiechomel said...

saya sokong! jgn pandang kerjaya guru sebelah mata. maybe this job isn't as glamorous as others, (er, and the pay is not as high as well...) walaupun saya baru jadi cikgu 7 tahun, masih rasa macam sangat baru, so terasa sedih bila dengar orang kata cikgu2 baru sekarang tak mcm cikgu dulu2 yg sungguh2 mengajar. i think they shouldn't make a generalisation like that. saya dah jumpa ramai juga guru muda yg jauh lebih hebat dari guru yg dah berpuluh tahun mengajar. betul tak? apa2 pun, bukan org johor je yg ramai berbakti kat negeri lain tau!

SAHAR MISRON said...

Sebenarnya tak kira guru baru ke, guru lama ke? yang penting rasa ikhlas, dan sungguh-sungguh dalam tugas... Ada kawan guru sampai mati, ada kawan guru muda yang buat kerja mati-mati. Ada kawan saya yang tak sesuai jadi guru lapan tahun terus "resign"... dia sendiri rasa tak sesuai, takut merosakkan anak bangsa...Yang guru muda malas tu mungkin segelintir, yang tua pun segelintir...jadi dua gelintir, he he he...Sama-sama berdoa kita jadi guru sampai bersara... sampai mati... Cg Azimah, kenapa lama tak update blog... sibuk kerja ya?...Alahai... sorry ya.. saya tahu orang Terengganu pun ramai bertugas di negeri orang, tapi yang sorang tu cepat sangat balik ke Terengganu.... orang Kelantan pun ramai kan? Tengok kat Lajau, kat Labuan ramai Ustaz/ustazah dari sana kan?.....Orang Terengganu jangan mare ya...