Monday, January 26, 2009

HUJUNG MINGGU HUJUNG CUTI

Setiap hujung minggu atau hujung cuti sudah jadi rutin kami menghantarkan isterku, ibu kepada anak-anak di Terminal Antarabangsa Labuan untuk balik ke Kota Kinabalu.Syukur sekarang taklah jauh sangat.... kalau dulu Labuan ke JB jauh tu, sekarang hujung minggu kami berkumpul di Labuan kecuali anak-anak lelaki kami yang di UITM Shah Alam dan yang kedua lelaki juga di JB tu...Waktu lain hanya jumpa dalam Internet/blog sahaja...Zaman sekarang kan, kalau dulu kena tulis surat burung merpati yang hantar sekarang, sesaat sahaja dah boleh dibaca...

Lepas hantar ibunya, dua anak daraku jalan sendiri di bandar Labuan, aku dan Naqibah singgah di UK dan kemudian balik...

Semoga Samsiah tak mabuk laut...maklumlah gelombang tengkujuh sekarang, nasib baik naik first class kan....

13 comments:

Tera said...

salam, alhamdulillah... bahagianya ibubapa punya anak2 yg bijak pandai dan alangkah malangnya ibubapa yang anak2 tk tentu arah tujuan... memikirkan hal ini kita turut risau, tera berdoa agar anak2 tera jadi insan yg berguna.

VISION DE ARLEQUÍN said...

hola, muy bonito tu Blog. No te voy a mentir pero no entiendo nada de nada, pero no por eso no deja de agradarme. te mando un saludo desde México... México.

Espero que tengas oportunidad de pasar por mi blog, deveras que sí.

Ciao y que siga la fiesta.

"la vida es un gran circo, pero sin espectadores"

sonata anak kancil said...

Walaupun terpisah macamni, dekat tapi jauh jugak! Pulak tu, tentunya semuanya serba dua! 2 periuk, 2 peti ais, 2 mesin basuh...Tak tahu lah, salah sorang hanya guna ala kadar aje...lepas2 kan diri aje.

Kami pernah 'terpisah'1/2 tahun dulu, sorang kat KL, sorang Melaka. Cukup tahun saya pun mohon pindah lah, kira apa ngan pangkat2 yang ada...Kalau tak mungkin juga dah jadi pengetua! Rumah kat KL pun dah di let go...

SAHAR MISRON said...

Cikgu dah ada pengalaman begitu...tapi KL Melaka tak ada lautan... Tak tahu bila jambatan nak hubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah, kalau ada jambatan cepat sikit sampainya... Biarlah rumah kami kat KL, kami sewakan sahaja..... mana tahu pencen nanti nak balik ke KL, kalau tak pun biar anak-anak yang tinggal....Si Mat sorang apa ke halnya, tak faham aku bahasa dia, faham bahasa Melayu pulak tu... bagus bahasa Melayu orang lain baca...

sonata anak kancil said...

Pencen tak nak balik Johor ke?

Cuba cikgu tengok kamus, apa ke benda bahasa nya , ha ha ha...minat gamaknya , bagus lah BM kita orang dunia luar dah boleh faham baca..

SAHAR MISRON said...

Tak decided lagi pencen nak tinggal mana, KL ke Johor, silap-silap beli tanah kat Pulau Pisang, buat dusun, boleh juga tulis puisi dan cerpen...tapi mesti ada internet supaya dapat urus blog...Si Mat sorang tu yang saya faham mungkin, hola tu "hallo" dan "muy" tu "my" kot, yang lain nak minta cowboy terjemah

amiechomel said...

hahaha kelakar la pulak baca comment mat tu. dia sebenarnya cerita kisah dia jugak, dulu terpisah dgn isteri dia masa dia dok mexico dulu... hehehe...

SAHAR MISRON said...

Hai, pandai pulak cikgu Azimah terjemah catatan si Mat tu ya...mana belajar tau...terjemahlah betul-betul...

MeeT uNcLe sHaH said...

salam semua,

Caya la cikgu Sahar sebab non-malaysian singgah kat page cikgu.

Apepun, perlu kita ingat B.Malaysia adalah bahasa ke-5 yang digunakan di dunia!!! Bangga jadi rakyat Malaysia!!!

SAHAR MISRON said...

Bagus Shazul jadi penterjemah pulak kan... boleh lawat Mexico.. he he he .. Tahu kan Cikgu KUizanah sakit di Quen Hospital Kota KInabalu, doakan sembuh..

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua.

Saye tau, ingat sakit kat Labuan. Cikgu Ku Izanah sakit ape cikgu??

SAHAR MISRON said...

Cikgu Kuizanah khabarnya sakit saraf... hari tu memang di Labuan tapi dah dibawa ke KK...

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam semua,

ooo...Insyaallah, kalau ada kesempatan saya akan melawat beliau..

Sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau.