Monday, January 5, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2009

Hari pertama sesi persekolahan Tahun 2009 berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar di SMK Lajau. Pihak Jemaah Nazir yang ditunggu penuh debar oleh warga guru sekolah ini tidak unjung datang, lega sekejap, tetapi mana tahu esok lusa mereka muncul. Seluruh warga SMK Lajau mengalu-alukan kedatangan kalian.

Sebelah petang pula agak sunyi sepi pejabat sekolah selepas guru pulang jam 2.00 petang, tinggallah pengetua dan staf sokongan. Jam 505 petang pengetua meninggalkan pejabat sekolah, dan sempat berbual-baul dengan sekumpulan pelajar yang lengkap berkasut dengan pakaian sukan berlatih bola keranjang, sempat memuji mereka kerana berdisiplin, lalu menghadiahkan beberapa botol minuman.

3 comments:

Anonymous said...

Very Nice lah blog cikgu.. tetapi yang penting maklumat yang di dalam adalah yang terkini.. harap setiap GB & Pengetua juga boleh mewujudkan laman blog khusus untuk sekolah bagi menyampaikan apa juga maklumat terkini disekolah masing masing.. mohon cigku bangkitkan di mesyuarat GB & Pengetua pada masa akan datang... so semua blog ini boleh di satukan bagi memudahkan pencarian link antara sekolah...

Oh ya makluman terkini Pengarah dan Unit Menengah/Rendah/Kewangan KS SKPP dll berada di Ampang untuk Takimat ABM 2010 & 2011 serta penerimaan waran bg tahun 2009...

Regards
Bravos 2009/ Labuan

MeeT uNcLe sHaH said...

selamat meneruskan kerjaya sebagai pendidik!!!
selamat maju jaya warga pendidik SEMELA!!!

http://meetuncleshah.blogspot.com

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas komen-komen membina....Memang Pengarah Pelajaran pun sudah beberapa kali membangkitkan perkara ini, kalau tak silap sekarang dua blogspot sekolah telah berada di pasaran iaitu SMK Lajau dan SM St. Anthony...Kami memang mengalu-alukan komen begini.Harap lain kali komen tu dengan nama sebenar supaya saling mengenali... Tapi agak-agak ni mesti warga pendidik Labuan ya tak?... Kepada bekas muridku Shazul terima kasih kerana rajin melayari blog sekolah dan blog peribadi saya. Thanks7