Tuesday, December 23, 2008

SUNYI SEPI PEJABAT SEKOLAH

Sunyi sepi pejabat sekolah, semua guru smua murid bercuti... Sunyi sepi pejabat sekolah...Tapi seronok jadi pengetua, sunyi sepi ni banyak idea baru muncul untuk penambahbaikan sekolah tahun depan... Tunggu Mesyuarat Profesional 1/2009 pada 31 Disember 2008, nanti aku kongsikan dengan rakan guru yang lain. Mungkin banyak kejutan baru..... maklumlah moto hidupku: Mencipta kejutan dan kejayaan.......tunggulah ya....

Isteriku, Samsiah baru selesai Kursus PTK di Akademi Audit Negara di Nilai.... kami doakan kejayaannya, kalau dapat 4 makan di Grand Dorsett, Labuan tau.... he he he

Anakku Amirul Husni buat kerja sambilan ICT di Sabak Bernam, Aizat masih di Universiti Pertahanan, Nabihah, Nadiah dan Naqibah pula dok lepak habis cuti di rumah....

13 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

salam cikgu,
erm, tahniah anak cg berjaya masuk ke UPNM.
kecewa jugak rasa ble tak dapat masuk situ.
hehehe..
mungkin bukan rezeki kot..


idea baru???
boleh kongsi tak???
hehehehe...
saya doakan kejayaan warga SEMELA!!!
semoga berjaya!!

amiechomel said...

wah wah, apakah kejutan itu? tunggu!!!

shahzul, takpela, takde rezeki u nak masuk UPNM walaupun I sendiri rasa ralat bagi pihak U dulu sebab tau U minat sangat nak jadi navy kan. Ni semua PLKN la punya pasal kan? Takpelah, redha... ada yg lebih baik for u...

SAHAR MISRON said...

Terima kasih you berdua masih setia membaca blog saya, lamatak update blog ni, sibuk bercuti di kampung. Saya doakan kejayaan kalian.... Kejutan tu, kena tunggulah, he he he

Al-Rashid Zulkefli said...

nak wat camane, mmg bukan rezeki.
tak jadik permanent, join reserve unit pun ok gak, insyaallah.
yang pasti, minat dalam bidang perhotelan makin bertambah!!! Mana tahu satu masa nanti saya boleh dirikan hotel sendiri.

cg bali johor ke??
saya baru je balik dari kampung kat N.Sembilan. Insyaallah, cuti bulan 1 ni balik JB plak

amiechomel said...

shahzul, kisah u ni ada sikit2 mcm sir naiman tau. dulu dia bercita2 nak masuk airforce, nak jadi pilot, tapi dihalang keras oleh keluarga for some reasons. they wanted him to be a teacher. so dia masuk TESL bukan dgn sepenuh hati. bila dia start mengajar di SMSL, dia join navy reserved unit and dptla dia merasa pengalaman jadi askar tu. He still love that part of life, selalu dia cerita pengalaman pergi belayar, pergi menembak, in fact dia pernah menang pertandingan menembak, jadi johan lagi, ada sampai sekarang hadiahnya. Tapi dia dah pun tinggalkan dunia tu, sebab memang dunia pendidikan lebih sesuai dgn dia, and right now dia amat sayangkan dunia cikgu ni... So, moral of the story, apa yg Allah dah bagi kita tu sememangnya yg terbaik untuk kita. Just look at the bright side, kan? Anyway, anak sedara i ada ambik course Hotel and Catering kat UITM Shah Alam, nanti blhla i kenalkan u dgn dia, amacam? dia pun single lagi, hehehe...

p/s cikgu sahar, takpe ke bagi tazkirah kat sini ni? ni la si shahzul ni punya pasal la ni...

Al-Rashid Zulkefli said...

tu la pasal..
sometimes, bile I almost give up im try to motivate myself. My beloved mama selalu jadik penasihat rasmi!!!! hahaahaha!!!

nak kenalkan ek??? Boleh, just to share our experience in this industry. Cinta tolaktepi dulu!!! Hahahaha!!!

nak bagi tazkirah pun kira tempat ke?? Padahal time kat SEMELA dulu, time kat tepi tembok pon nak bagi ceramah!!! heeehehehehe......

amiechomel said...

yela, nak bagi tazkirah memangla kena tengok tempat, inikan rumah cikgu sahar... kalau kat tembok sekolah tu takpe, open area...

p/s i pun tak bagi anak sedara i bercinta lagi... tulah, sebab u all dlm bidang yg sama kan, bolehla kongsi2 idea... tapi sekarang dia cuti balik sarawak!

Al-Rashid Zulkefli said...

apesal blik sarawak??

amiechomel said...

sebab family dia tinggal kat kuching sekarang. my brother-in-law keja kat sana. i pun dah sampai rumah diorang. cuti panjang dia balik kuching. kalau cuti pendek mcm raya, etc, dia balik terengganu la...

SAHAR MISRON said...

Bagus juga my blog jadi medan sembang profesional antara guru dan bekas muridnya, harap ramai lagi yang join kan. Pengetua jadi orang tengah kalau gaduh alam maya makin serius kan.....Saya doakan Shazul akan berjaya dalam perhotelan... Kita boleh duduk hotel dia kan Cg Azimah?.....

Al-Rashid Zulkefli said...

cg sahar,
bagus juga memiliki blog ni sekurang2nya pertalian guru-pelajar bukan setakat di zaman persekolahan sahaja. mana tau, kita boleh membentuk komuniti SEMELA(GURU, BEKAS GURU, PELAJAR, BEKAS PELAJAR) di alam maya.
mungkin idea ini dapat dibawa dalam mesyuarat alumni akan datang??

SAHAR MISRON said...

Bagus idea tu. Sambil tu boleh minta rakan bekas student lawat dan beri pandangan dalam blog saya atau blog smkmlajau tu ya.... Nanti mesyuarat ALUMNI boleh bincang lagi....

Al-Rashid Zulkefli said...

insyaallah, perkara ini akan saya inform kepada sahabat yang lain.


http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/01/back-to-school-good-luck-adik-adik-ku.html