Saturday, January 17, 2009

BETUL-BETUL BERDIKARI ANAK INI

Semalam 17 Januari, sekolah ganti di kebanyakan sekolah di Labuan sempena Tahun Baru Cina. Sekolah Naqibah juga sama. Nal jadikan cerita, oleh kerana tahun ini dia dan kakaknya naikbas entah macam mana terlupa abah dia terlupa nak ambil tengah hari semalam. Apa lagi dia menapak dua kilometer dari sekolah ke rumah. Macam berlatih "road run" nampaknya...Mujurlah ada kawannya yang senasib tinggal tidak jauh dari SEC Durian Tunjung. Sampai di rumah dengan nada agak tinggi dan geram "mengapa tak ambil adik?" Barulah aku tersedar aku lupa ambilnya. Aku terus minta "ampun", masa itu aku hadir majlis Sumbangan Ahli Parlimen Labuan kepada Murid Cemerlang PMR dan PIBG di SM TEknik Labuan....Sempat juga adik manja yang pandai berdikari itu kata" adik guna dulu wang untuk sumbangan Tabung Gaza" yang kuberinya RM10.00 untuk beli air, haus" katanya, "OKlah nanti abah ganti" kataku....Selesai majlis aku terus balik dengan hati berdebar-debar takut kena "hambur" oleh sikecil cili padi. Sampai di rumah aku lihat dia tidur di kerusi dalam keadaan "letih" benar. Aku kejut perlahan-lahan, belum aku kata apa-apa dia kata "tak mahu pegi mana-mana" Hai merajuk benar dia. Tapi bila aku kata " dik, bangun, nak ambil mama di Terminal Feri Labuan" "Hah? mama balik?" Dia terus melompak bangun, segar dan terus ke bilik air... Mana tidak malam semalam isteriku, Samsiah kata "mungkin tak balik, hujan di Kota Kinabalu" Seronok benar dia bila mendengar Sam balik petang itu. Kami berkereta ke Terminal mengambil Sam, manakala Nabihah yang paginya belajar memandu dan Nadiah yang juga sekolah ganti menunggu di UK (Ujana Kewangan) Petang itu aku terpakasa belanja sikecil makan KFC di UK... "Maaf ya sikecil cili padi.... Lain kali abah tak buat!

10 comments:

amiechomel said...

Sian si kecik tu... Hmm, nampaknya cikgu kena pasang reminder alarm kot... Nasib baik mamanya balik mengubat hati yang merajuk.

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Kesian memang kesian tapi.... itulah kalau di pejabat banyak kerja....Jangan pula lupa nak balik rumah sudahlah kan?....Minggu ni banyak betul mesyuarat..... di sekolah, di JPN, kadangkala malam datang balik semula ke sekolah, buat laporan dan sign surat... Kena tukar gaya, siang mesyuarat, malam di pejabat, he he he.....Tapi taklah berumah di pejabat....

sonata anak kancil said...

Salam Kenal Tuan Pengetua,

Sedang mencari maklumat untuk PTK, tengok2 tuan bercuti ke tempat saya! Orang Semenajung / Sabahan?

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas respons di blog saya dan saya sempat melayari blog cikgu, wah bagus blog tu, kreatif boleh jadi penulis ni. Saya dan keluarga berasal dari Johor, hanya bertugas di Labuan sejak enam tahun lalu. Kalau nak maklumat PTK buka laman web jpa.gov.my.
Cuma kenapa tak letak gambar cikgu ke keluarga ke?

sonata anak kancil said...

Terima kasih lawat AGK.

Johor, bagian mana? Ha ha ha saya orang Johor jugak!!!

Seronok kat Labuan ye? (Panggil cikgu boleh ye - lebih 'mesra' di maya ini ). Cikgu cari saya ada dalam AGk tu...ada...

Angan2 je jadi penulis,(cita2 dah jadi cikgu apo nak kato ), pernah tulis rencana dalam suratkhabar Melaka. And I love writing...

Masa cuti, cikgu ke Melaka , saya ke Sabah! Dalam AGk ada "laporan"nya.

Nanti cikgu link AGk, saya akan link SAHARMISRON~~~kongsi pengalaman, nak belajo jd pengetua!!!

SAHAR MISRON said...

La orang Johor, saya dari Batu Pahat dan isteri di Muar, jangan sekampung sudahlah.... Nak jadi pengetua? Kena tahan cabaran bukan saja murid tapi kerenah cikgu dan staf.... minggu lepas ada tawaran untuk kursus jadi pengetua NPQEL di IAB, cubalah mohon, mana tahu ada rezeki....

SAHAR MISRON said...

Oh cikgu tu lagi baik....Cikgu ni sampai mati orang panggil cikgu...contohnya" kubur cikgu..... orang tak panggil kubur PTD.....kan? Tapi saya masih tak dapat maklumat sebenar cikgu... cuma agak-agak cikgu ni PK Hem ya?

sonata anak kancil said...

Saya tak berminat nak jadi bos!
Macam cikgu cakap le, tanggungjawab tu tersangatlah berat!Tu yang tak tertanggung. Skg ok pe, gaji dah sama dengan bos, apa nak lagi!!!

Saya suka saya pada hari ini. I've been in this school for +- 12yrs!Bermula dari bawah, semua tugas dah buat ...( Kluang - Mersing - Kuala Lumpur - Melaka ).
Dari guru ~~ GPK1 ~~ GKMP ~~GPKHEM.
Ikut hubby macam ni gayanya!!!

Aizat Amzar said...

kasihan budak kecik 2 kena jln kaki..
takpe2.. exercise sket..
br laa bole jd hebat cm abg dier nie..

SAHAR MISRON said...

Begitulah cikgu Sonata, turun naik position perkara biasa semua saya dah rasa, dari KPM ke JPN ke sekolah...Cepat-cepat pula jadi pengetua boleh belanja kami kan?Gambar kereta Merch tu bila nak tukar jadi orang?
Ijat,
Betul-betul... sikecik tu biar kuat hebat..exercise kan apa salahnya...tapi dia buat modal pulak...