Kisah anak kami yang paling bongsu, kecil molek( kata orang Labuan "damit") yang paling manja dalam keluarga kerana disayangi abang dan kakaknya tetapi pandai berdikari... Naqibah ni setakat masak nasi, goreng telur memang tak ada masalah. Tambahan pula sikecil cili padi ni, petah berbicara, banyak cakap, "talkative" budaknya... kadangkala risau juga macam kita yang ajarnya pula apabila kata-kata yang keluar dari mulutnya pedas macam cili api,masin macam garam bukit, pandai mengena, sampai kadangkala kami panggil profesor, tapi suruh jadi "lawyer" dia nak jadi "flight attendent", ini pasal tengok kisah TV tule... dulu memang dia seronok nak jadi "lawyer", sekarang tukar profesion pulak.... kuat pengaruh TV ni ya...Nanti ada siri lain, takut tukar cita-cita. Pasal nyanyi dialah heroin kami, ada saja lagu didendangkan, pernah masuk Bintang Cilik Labuan FM, berfesyen memang hobi utama, dulu pernah Johan "Fashion show" peringkat Labuan(fashion classic tahun 1960-an)kebaya Saloma,bermodal juga le, dia masuk Kelab Adik Manja Labuan FM pulak, ada juga simpanan dalam bank hasil "royalti" he he he... Tapi dia tahu berapa baki dalam bank, tak boleh kelentong kerana dia pun kaki kelentong, he he he, jangan mare...Jangan dia buka blog sendiri udahlah, my blog kena ada password, kalau tak dia ubah nanti, kalut pulak....
Paling dia suka di sekolah ialah guru besar dia Cikgu KuHelmy, tiga hari lalu dia bagi gb dia timun yang aku tanam daripada benih Jabatan Pertanian. Ada sekali tu dia kata Cikgu KuHelmy dah berubah, tak mahu tegur dia, mengadu dia balik rumah. Ketawa cikgu KuHelmy dengar cerita aku...
Bab naik bas turun bas memang dia pakar, pagi naik bas, balik tengah hari naik bas, lepas tu naik bas lagi ke sekolah agama pula, balik petang baru turun bas di rumah. Nasib baik kakaknya Nabihah sekarang tunggu SPM, ada orang tukang buat cekodok kesukaannya.... Cuma kesian bila dia balik dekat maghrib, ada sekali bas habis minyak dekat jam 700 baru sampai rumah, risau juga kami.
Dia tahu dia lahir masa di atas trolley di HKL, tak sempat masuk "labour room" aku di bawah pun tak tahu dah lahir dia 22 April 1999 waktu pejabat pula...nasib baik sempat ke hospital, kalau tidak senasib kakaknya NADIAH yang lahir dalam kereta Proton Saga CY9298.....semua anak kami semua nak cepat tengok dunia... tak ada masalah... kecuali abang sulung mereka Amirul Husni yang lambat sikit keluarnya....Yang Aizat Amzar, malam tengok lampu-lampu di bandar Kuantan masa perkahwinan Tengku Mahkota Pahang, pagi subuh lahir ke dunia, yang kakaknya Nabihah, malam Sam minum coke, tak lama lahir pula.
Tu tengok le dalam gambar semalam dialah NAQIBAH yang paling damit!
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cikgu Sahar,
Biasalah dengan budak-budak "dunia dah maju, zaman dah berubah" ni.
Entah-entah, doirang lagi advance dari kite yang tua dari diorang.
One of my cousin, using computer better than me!!! hahahahah
Beruntung diorang... Saya dulu, mahukan sesuatu barang kene usaha sendirik. Now, diorang mintak je confirm dapat. huhuhuhu
Baru baca sampai habis cerita si anak kecil. Tahun berapa tu???Bagus, insyaAllah cemerlang masa depan...
Sama la, anak ke 3 saya pun lahir atas trolley di Hospital Besar KL! Quite talkative jugak! maklumlah nak ikut maknya jadi cikgu!( for a time being doing A level~~~TESL )
Post a Comment