Tuesday, January 13, 2009

SAM JAUH DI KK




Kadangkala bila difikir-fikirkan perpisahan akibat berjauhan ini sungguh menyeksakan, apa tidaknya Samsiah bertugas jauh di Kota Kinabalu. Sam tinggal dengan anak saudaranya di sana dan aku dengan anak-anak perempuanku tiga orang itu... Tetapi kalau difikirkan sekali lagi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kerana tahun lalu Sam bertugas di Johor Bahru, sekarang "jauh lebih dekat" dan syukur kerana hujung minggu Sam dapat balik ke Labuan, dan kadangkala anak-anak pula dapat ke KK. Tetapi kadangkala kesian juga difikirkan apabila mengenangkan Sam mabuk lauk naik feri ke KK dilambung ombak musim tengkujuh ini. Tetapi aku dan anak-anak gembira apabila Sam balik ke Labuan dan kami dapat makan bersama, anak-anak dapat makan masakan ibu mereka....

Bukan aku tidak mahu berdekatan dengan Sam tetapi apabila kami bincangkan bersama sementara ini biarlah dahulu kerana akan lebih timbul masalah sekiranya aku mohon bertukar ke Sabah, ditempatkan jauh pula dari KK lagilah payah.... Tidak dapat dinafikan ada kawan-kawan di JPN Sabah yang boleh menolong, malah ada yang kenal baik, tetapi sudah menjadi tabiatku tidak mahu menyusahkan kawan, dibimbangi menyebabkan serba-salah pula kawan itu kerana mereka pun terikat dengan peraturan kerja, kalau tak ditolong kawan....nak tolong susah... tak tolong susah,....Tambahan pula kami sebenarnya sudah seronok berada di pulau Labuan ini. Cuma kami berdoa kalau-kalau Sam boleh bertukar balik ke Labuan..... Malah ada juga pegawai atasan yang menawarkan kami bertukar ke Semenanjung, tetapi biarlah kami menabur bakti di Labuan dan Sabah yang kami pilih sendiri Terima kasih kepada kalian berhati mulia, bukan tak sudi... Kalau benar perlu nanti kami beritahu. Bertugas di rantau begini tiada apa yang kami kesalkan.....Maklumlah ayahku dulu juga perantau yang tabah.... kami kena tabah juga menghadapi segalanya...

Berjauhan begini pasti ada hikmah di sebaliknya....Lagipun setiap hujung tahun kami sekeluarga berkumpul sama ada di Kuala Lumpur dengan dua anak kami yang belajar di KL dan JB atau di kampung, juga melancong ke tempat menarik.... Ada rezeki kami ke Indonesia pula.... Maklumlah asal-usulku.....di Kebumen Jawa Tengah....Tapi aku rakyat MALAYSIA yang sah!

5 comments:

MeeT uNcLe sHaH said...

Cikgu Sahar,
Kadang-kala hidup berjauhan ni buat kita lebih menghargai masa-masa yang kita manfaatkan bersama mereka yang dirindui.
Macam apa yang saya alami sekarang ni. Keluarga sebelah mak, asal dari Brunei/Labuan; sebelah bapak asal dari JB/Negeri Sembilan. So, bile kedua-dua keluarga ni bbuat majlis dalam masa yang sama buat kami adik-beradik blurr nak balik kampung mana satu!!!! hahahahaha
;P

amiechomel said...

semoga cikgu sekeluarga terus tabah walaupun hidup berjauhan. tapi bila dah selalu berjauhan rasanya lebih appreciate lagi bila berjumpa kan? tentunya pertemuan tu akan jadi lebih manis. kami doakan, tak lama lagi isteri cikgu akan dapat balik ke labuan. amin.

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian....memang benar kata orang tua-tua(bukan orang-orang tua) "jauh di mata dekat di hati" sekarang ni e-mail, hp, telefon semua "mendekatkan kita" kan, astro, tv1,tv2, tv3 dan apa-apa tv pun dekat kan......

MeeT uNcLe sHaH said...

cikgu sahar,
salah tu;" dunia dah maju, zaman da berubah"
tu yang betul!!!
hahahahha
;p

Anonymous said...

Salam tuan, isteri tuan bekerja sebagai apa? Sudah dapat bertukar atau belum? Saya berada di Labuan dan bercadang untuk balik ke kampung halaman di KK. Kalau jawatan sama, bolehlah tukar suka sama suka. Post sahaja disini. Saya akan hubungi tuan...