Tuesday, April 22, 2008

SAHABAT KITA JIN'S (MAHYADIN DAUD) MENINGGAL DUNIA

Salam,

Dimaklumkan sahabat kita Mahayadin Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Jin's telah kembali ke Rahmatullah pada petang Isnin 21 April 2008 di Hospital Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang mengenali beliau, sila maklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Allahyarham pernah bertugas di MITI dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat, dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, serta diterima segala amal kebaikannya oleh Allah SWT. Al-Fatihah.

Saya bersama-sama arwah semasa beliau menghembuskan nafas terakhir, terima kasih bagi pihak keluarga beliau, khususnya pegawai dan kakitangan PPK dan kakitangan Hotel City Villla, Kuala Lumpur, dan kepada semua sahabat handai yang bersama-sama sehingga jenazahnya disemadikan di kampungnya di kampung Baru, Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan pada tengah hari 22 April 2008.

2 comments:

Mokhtar Sah Malik said...

Al-Fatihah,sdr Rustam A.Sani telah meninggal dunia pagi tadi jam 2.30.

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih saudara mokhtar sah malik, saudara sahabat yang baik al fatihah untuk saudara-saudara kita itu. Tadi makan dengan dato salleh Hussein di Anjung Ketam Labuan