Saturday, May 10, 2008

SAHAR MISRON MENGHADIRI HARI GURU KEBANGSAAN DI MELAKA

Sahar Misron akan menghadiri Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Melaka dari 14 hingga 17 Mei ini bersama-sama dengan 14 rakan guru dan pegawai Jabatan Pelajaran W.P Labuan.

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua "cikgu" di seluruh negara, selamat hari guru juga kepada setiap "cikgu" yang pernah menjadi guru kepada kita semua, semoga jasa baktimu mendapat kurniaan Ilahi jua.

Terima kasih cikgu-cikguku tersayang.

5 comments:

harimuka said...

Selamat Menyambut Hari Guru dan semuga kita dapat menghayati tema pada tahun ini"GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG".Semasa ucapan YAB PM ada menyarankan bahawa PnP perlulah sesuatu yang menyeronokan dan bimbingan serta nasihat pada anak bangsa dengan penuh kasih sayang. Apa pandangan dan apa strategi untuk merialisasikan impian itu

Azimah said...

it was great to meet you there in melaka. seronok dengar cerita tentang labuan yang kekal dalam ingatan saya.

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas komen yang diberikan. Sesungguhnya guru yang baik akan menjadikan P & p yang menyeronokkan dirinya dan muridnya. Strategi, jadikan profesion keguruan martabatnya terbilang membina negara gemilang.

Anonymous said...

Terima kasih tidak terhingga "Harimuka" dan "Azimah" atas komen diberikan. Pandangan atas hasrat PM agar P & P menyeronokkan dan perlu kasih sayang. SMK Lajau akan menggabungkan seluruh kekuatan warga guru dan staf dengan pelbagai kemahiran dan kepakaran dan menyemaikan kasih sayang dalam kalangan warganya, murid, guru, staf, pekerja swasta serta masyarakat setempat dan Labuan.

Perancangan strategi SMK Lajau ialah mengubah suai visi sekolah iaitu SMK Lajau terbaik 2010. Pendekatan kemanusiaan akan banyak menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi, manusia hendaklah dilayan sebagai manusia dengan penuh hormat dan kasih sayang. Hubungan akrab sesama warga dengan tulus ikhlas memajukan anak-anak Labuan tercinta pemangkin kecemerlangan sekolah. Doa seluruh warga akan memantapkan nilai kerohanian. Setiap warga di sekolah ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu kepakaran/kemahiran yang akan dijana sebagai jati diri dan identiti sepanjang hidupnya. Contohnya: murid yang mahir berpidato, akan melatih diri, dilatih oleh sekolah sebagai pemidato terbaik di peringkat tertinggi, kelak apabila dewasa akan menjadi ahli politik yang petah bercakap dengan berani, bernas, berisi, mantap dan disegani sebagai bakal YB Ahli Parlimen Labuan atau bakal Perdana Menteri pertama dari wilayah ini.
Cukup dulu perkongsian. Komen lagi jika mahu.

SAHAR MISRON said...

Demikian warga SMK Lajau menjawab komen ikhlas