Tuesday, February 16, 2010

SEMALAM DI KINABALU PARK

Semalam aku, Samsiah isteriku, serta anak kami Naqibah dan Nadiah berjalan-jalan ke Kinabalu Park, bertolak ke sana dalam jam 8.00 pagi. Keadaan di sana sudah hilang dinginnya kerana terlalu banyak pembangunan fizikal, bangunan di sana-sini. Kalau dibandingkan tahun 1980-an atau 1990-an, sekarang agak panas...Kami sempat mendaki ke Trail meninjua air terjun sejauh 120 meter, tercunggap-cunggap juga kami kerana kami tiada latihan...tapi kami seronok sekali melihat pemandangan menyegarkan, terutama anak kecil kami Naqibah. Setelah berada beberapa jam di Tempohon kami turun ke bawah untuk solat Zohor, satu lagi masalah kerana terlalu banyak kenderaan, jadilah polis trafik kejap....tolong beri laluan kenderaan. Di Botanical Garden, ada sepasang Mat Salleh bertanya "cabler jumper" macam tau-tau sahaja kami membawanya. Seronok juga dapat tolong mereka, dapatlah enjin kereta mereka dihidupkan.

Selepas solat kami ke Kundasang, mak datuk panasnya di sana....anak kami yang kecil Naqibah pula mencari bunga ros merah/pink. Sukanya dia apabila kami belikan sepasu bunga ros yang diimport dari Holland. Masa aku di Holland dulu nampak juga bunga ros seperti itu, sampai di Malaysia harganya sepasu RM40.00 kalau yang tempatan dapatlah RM20.00..,Kami membeli juga buah-buahan potong. Sebelumnya kami berhenti di Pekan Nabalu, membeli buah-buahan dan kacang serta labu tua untuk dibuat haiasan.... tak tahu tahan atau tidak labu tu. Lain kali kami ke Poring pula....

Yalah cuti sampai Jumaat...Hari ini Samsiah kerja, kami menonton wayang di 1Borneo, cerita "Lu Fikirlah Sendiri de Movie...boleh tahan juga, maklumlah bertahun tak tengok wayang, penontonnya tak ramai, keluarga sahaja ada dua tiga kumpulan.... Rugi kalau macam ni pengusaha panggung...Kalau cerita Cina penuh di Pawagam lain....

2 comments:

sonata anak kancil said...

Salam cikgu - bila la saya nak ke KK lagi ni....masa tak ade la...kali ni jika berkesempatan nak naik Gunung Kinabalu tu! Tak lah naik setinggi gunung tu...cadang2 nak ke Labuan pun tatau lagi....Hjh Rokiah tu offer je! Kami akan ke Beijing cuti bulan 6 nanti...jom kita pegi! Cikgu tanyalah Hjh Rokiah tu....masih mencari2 lagi members yang nak pegi!

Teja said...

best yo kang sahar.... cuti2 makan angin