Wednesday, December 9, 2009

BERJALAN-JALAN PAGI

Pagi-pagi membuat sedikit senaman ringan dengan berjalan kaki di sekitar hotel penginapan menyegarkan tubuh. Dari hotel berjalan bersama Sam, dan adik, selepas itu aku berjalan hingga ke bangunan KWSP. Menjenguk ke sungai di hadapan Balai Polis, aku melihat ikan-ikan berenang-renang dalam air sungai yang agak bersih. Sayangnya di tepi sungai dan di laluan aku berjalan penyenggaraan agak kurang, di sana sini penutup longkang yang pecah dan tiada membahayakan pejalan-pejalan kaki, khususnya kanak-kanak.

Keadaan stesen bas yang dalam keadaan kurang terurus, sampah sarap merata-rata menyakitkan mata memandang. Kita mengharapkan keadaan ini akan berubah dengan kesedaran warga bandar raya, memastikan sampah-sarap dibuang ke tempat pembuangan sampah. Biarlah kita menjadi warga berminda "kelas pertama"

Di hadapan Babngunan Konsulat Indonesia di hadapat hotel penginapan, kulihat ramai yang menunggu di hadapan pintu masuk, mungkin untuk urusan visa dsb.

Memang segar selepas berjalan-jalan pagi di sekitar hotel penginapan, adalah dalam 6KM aku berjalan pagi ini.

4 comments:

sonata anak kancil said...

nak sambung berjalan di sini pulak...tapi dah 2 hari balik ni, terus ke sekolah! tak sempat2 nak berjalan2 kaki lagi....kena pulun keje - bos nak pi umrah pulak.

SAHAR MISRON said...

Kena gilir-gilir kerja.... adil tu...

Zainal Abidin Yaacob said...

berjalan2 tiap2 hari-+ 10 ribu langkah badan boleh sihat.

SAHAR MISRON said...

kena 100,000 langkah lagi sihat