Friday, November 13, 2009

PERJALANAN PULANG KE LABUAN DARIPADA KURSUS DI IAB

Hari ini aku dalam perjalanan pulang ke Labuan daripada menghadiri Kursus KKPP di IAB Induk selama dua minggu. Malam tadi aku menginap di Mexico Hotel, Brickfield. Malam tadi aku dengan Wak Haji Human, sahabatku menikmati sup di Chow Kit, lewat dinihari baru pulang ke hotel. Hajat hati hendak standby tak kesampaian kerana terlewat bangun pagi ini, malam tadi cuba tukar tiket tetapi kapal penuh. Jam 11.00 aku meninggalkan Mexico menaiki ERL ke KLIA, sengaja awal sampai ke KLIA, boleh juga update blog. Seronok juga masa di IAB dapat ajar beberapa rakan kursus buat blogspot, lima minit dah boleh buat....Tak kan susah kan......

Di KLIA aku dapat meseg daripada rakanku yang telah bersara Sdr Mokhtar Sah Malik, ingat nak jumpa di KL Sentral, malam tadi aku sms tak berjawab, kami tak ada rezeki nak jumpa, lain kali ya Mok, moga sihat sekeluarga.

Flight jam 645 petang. Malam ini Jamuan Akhir Tahun sekolahku SMK Lajau, mereka minta aku hadir juga walaupun lewat, harap kapal tak delay. Harap sangat dapat bersama guru dan stafku di Shell Hall malam ini, kerana ada beberapa guru/staf yang bertukar keluar dan ada guru yang akan masuk ke sekolahku, patah tumbuh hilang berganti.

Tadi SMS Sam, isteriku, awal juga dia sampai ke Labuan. Malam ini jangan lupa ambil abang di lapangan terbang ya. Rindu kepadanya dan anak-anak di Labuan.

Sekejap ini nak beli roti di Aras 3, tak boleh beli banyak-banyak, kami akan bercuti untuk konvo Aizat dan raya haji....Jumpa kalian di Labuan.

4 comments:

sonata anak kancil said...

selamat kembali...wow sudah teror jadi sifu ye...patut le ade sorang pengetua dar SMK Triang Bera sudah menziarah ke rumah saya....he he he...sudah follow dia selepas cikgu Sahar! Nak tunggu dia ni pulak...tak follow2 lagik....tak cek la tu!

SAHAR MISRON said...

Di sana juga jumpa pengetua-pengetua dari Melaka seperti Puan Saminah dan Cg Lee....Kawan pengetua SMK Triang 3 lupa nak update kot?

sonata anak kancil said...

Jumpa Pn Saminah? Tentunya cikgu ade mention nama saya kot! Dia kawan saya ....habis la!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Memang ada mentionlah, yang baik-baik tak jadi masalah kan?.....