Friday, November 20, 2009

DI JOHOR BAHRU

Perjalanan dengan kapal terbang dari Lapangan terbang Kota Kinabalu ke KLIA terlewat penerbangan hampir satu jam, sampai di KLIA hampir jam 1.50 petang, dua pekerja MAS sedia menunggu dengan "buggy car" pertama kali kami sekeluarga menaikinya, macam penumpang berkeperluan khas, seronok juga, mana tidak dari Gate B3 ke Gate A5, kalau berlari jauh juga. Ada seorang pakcik juga lewat seperti kami sama menaikinya. Kapal terbang ke JB MH1051 bertolak tepat waktunya. Sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Aizat sedia menunggu dengan saganya. Kami menginap di Good Hope, JB, sewa hotel RM193.00.

Petang itu kami sekeluarga makan di Restoran Periuk Belanga (PB) di Danga Bay, JB. Makanannya "dinner set" untuk 6 orang dengan bayaran RM75.00, dengan lauknya ayam goreng penyet, ikan siakap berlada, udang besar goreng butter, sayur kailan, telur gulung, rojak sotong kangkung, otak-otak kempas...... sedapnya!!!....Malam keletihan ada yang terus tidur, tapi anak-anak sempat mencari makanan seperti biskut di kedai hadapan hotel, lapar sahaja semuanya.



Gambar-gambar di LTAKK, Naqibah dengan gayanya

2 comments:

sonata anak kancil said...

Sempat gak meng update! Apa2 pun tahniah - dah convo anak cikgu! saya lambat lagi.....

SAHAR MISRON said...

Sempat juga cg Sonata, saya update blog . Pagi tadi anak kedua konvo Atma UPNM UITM di Kampus UTM JB, syukur dua dah lepas, yang lelaki, tinggal 3 lagi perempuan, kakaknya ke UITM Kota Samarahan, Sarawak, bidang Perhotelan dan Pelancongan.