Thursday, October 8, 2009

RUMAH TERBUKA YB AHLI PARLIMEN LABUAN DAN RUMAH TERBUKA PENGARAH PELAJARAN LABUAN MERIAH

Saya sempat menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Hj Yussuf Hj Mahal di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pada 3 Oktober 2009 dan Rumah Terbuka Pengarah Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof di Pusat Kokurikulum Ganggarak pada 4 Oktober 2009. Kedua-dua rumah terbuka ini begitu meriah. Pastinya warga Labuan dan warga pendidikan Labuan menyayangi mereka.

Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Labuan begitu meriah, difahamkan kehadiran tetamu melebihi 5,000 orang, ada yang kata mencecah 10,000 orang. Khabarnya yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, orang PAS pun datang, kan raya, kita ketepikan perbezaan fahaman politik ya tak, komponen BN apa lagi, memang ramai....

Rumah Terbuka Pengarah pula kali ini lebih selesa, makanan pun "best" mana tidaknya tukang masak "hotel lima bintang", rendangnya "betul-betul rasa rendang, kata rakan-rakan. Saya pula tertarik dengan minuman orange campur asam boi?....kata remaja "sedap giler"....

Tahniah dan terima kasih YB Datuk dan Pengarah Pelajaran....

2 comments:

noraini ar said...

penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan rumah terbuka kami.
kepada cg sahar yang bersengkang mata memasak lemang dan mendapatkan daun kunyit untuk melengkapkan perisa rendang yang dimasak (lupa nak bawa dr rumah)- jasamu dikenang...

SAHAR MISRON said...

Bukan apa rasa seronok pula teringat masa di kampung dulu, temankan ayah saya masak di rumah orang khawin, seronok juga belajar masak dengan tukang masak hotel tu malam tu...