Friday, October 2, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR/SPM/STPM SMK LAJAU

Majlis Solat Hajat PMR/SPM/STPM diadakan di Galeri Warisan SMK Lajau malam tadi dengan dihadiri lebih 250 ibu bapa, murid. guru dan staf serta ketua-ketua kampung jiran. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan yassin, amanat pengetua, amanat Pengarah Pelajaran Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, seterusnya solat Isyak serta solat Hajat. Selepas itu para jemputan dan murid menikmati jamuan makan malam, yang mana mereka menikmati hidangan ayam kari dan ayam goreng yang dipelihara oleh sekolah, juga sebelah pagi semalam ayam disembelih sendiri oleh guru-guru, serta dimasak sendiri oleh "pakar-pakar masak" SMK Lajau yang diketuai oleh Cikgu Kartini Awi.

Hujan lebat yang turun di pertengahan majlis merupakan "hujan rahmat" yang menjadikan majlis malam tadi, sepatah kata Pengarah Pelajaran " meriah" kerana semua yang hadir berhimpun di kantin sekolah sambil menikmati juadah makan malam, dan hanya beredar apabila hujan mulai reda. Terima kasih Allah yang menurunkan "hujan rahmat" malam tadi.

Setinggi penghargaan kepada tuan Pengarah Pelajaran yang hadir, juga kepada Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Labuan, Cik Kaziyati Osman serta warga guru dan staf SMK Lajau yang mengendalikan majlis dengan sempurna. Semoga "teamwork" seumpama ini kita teruskan demi anak-anak SEMELA tercinta.

Sama-sama kita doakan anak-anak didik kita beroleh kejayaan cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM, mudah-mudahan doa kita diterima Ilahi. Kepada anak-anak SEMELA teruskan perjuangan bagi meletakkan sekolah kita setanding dengan sekolah-sekolah lain di wilayah ini.

2 comments:

sonata anak kancil said...

Sekolah saya buat pada 1.10.09 (khamis)- alhamdullilah semuanya berjalan lancar...& salam takziah cikgu telah saya sampaikan kepada bapa arwah anak murid saya - semalam kami pergi ke rumahnya

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih Cikgu Sonata, mudah-mudahan anak-anak didik beroleh kejayaan cemerlang demi kelangsungan anak-anak generasi tercinta...