Friday, October 9, 2009

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM HJ MAH HASSAN

Petang semalam ketika di sekolah saya terkejut apabila menerima telefon dari Kuala Lumpur, yang menelefon isteri sahabat saya Hj Mah Hassan. Isterinya bertanya "Ini Hj Shaharani ke?" Saya kata bukan, lalu bertanya siapa ni? Saya Sahar, kataku. Katanya, "saya isteri arwah Mah Hassan" Terkejut benar saya. "Haji Mah Hassan meninggal dunia? Bila?Innalillah..hi rajion," "Ya, hari Rabu lepas..."... Terkedu saya mendengarnya, sahabat saya ni kalau ke Labuan mesti cari saya....kami akan berjumpa....Pernah satu malam arwah menelefon, minta tolong carikan rokok, katanya beliau ada di Hotel Dorsett. Sebenarnya saya mengenalinya sejak saya bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM lagi dalam tahun 1990-an lagi, ketika itu arwah bertugas di Bahagian Kewangan, KPM. Apabila saya ke Labuan, beliau mencari saya, dan kami selalu bertemu, terutama ketika saya bertugas di Jabatan Pelajaran Labuan...Al-Fatihah untuk arwah, dan takziah untuk ahli keluarganya daripada kami di Labuan.

1 comment:

nerd said...

salam..
terima kasih..ini anak arwah yang ketiga, leen...
baru terbaca blog pakcik hari ini..
8hb ini adalah hari jadi arwah dan genap 100 hari arwah ayah saya meninggalkan kita.. harap halalkan jika arwah ada hutang dgn pakcik dan maafkan arwah kalau ada menyakitkan hati pakcik..
assalamualaikum..