Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA KAMI SEKELUARGA DI LABUAN. Tahun ini 2009, anak-anak balik ke Labuan, semua berkumpul sekali, seronok beraya tahun ini Bergambar sekeluarga untuk kenangan, nantilah upload dalam blog ini....Raya pertama semalam, penat juga beraya ke rumah kawan-kawan dan jiran-jiran, sana makan sini makan, yalah dah sebulan tak makan siang. Malamnya Haji Othman Mahali dan anak serta cucu dan Sdr Suhaili datang beraya ke rumah, sembang sambil makan ketupat dan ayam kari, daging masak kicap....Tahun ini kami ubah konsep, tak lagi buat "Rumah Terbuka" sehari suntuk tapi "Hari-hari Terbuka".. Rasanya dapat berbual-bual panjang, yalah kalau serentak serbu kadang-kadang tak sempat nak layan...Jemputlah rakan-rakan datang ke rumah, bila-bila pun tak apa, asalkan kami ada di rumah.... sms sahaja...

2 comments:

sonata anak kancil said...

salam, rasa2 saya pun begitu jugak...buat rumah terbuka secara rasmi tak terlayan...sape2 yang beraya datang aje le....rumah sentiasa sedia terima tetamu...

SAHAR MISRON said...

Thanks atas komen, selamat hari raya maaf zahir batin daripada kami sekeluarga di labuan