Friday, September 25, 2009

JUMPA BEKAS PELAJAR

Petang ini aku bersama isteriku, Sansiah dan anak bongsuku Naqibah keliling Labuan mencari ikan kerana dah jemu makan ayam dan daging, satu pulau keliling tak jumpa ikan, yang ada ikan kering sahaja. Kami berkereta pulang, teringat tangki minyak hampir ke E, singgah di Stesen Petronas Jalan Pohon Batu. Sedang mengisi minyak, dua remaja lengkap berpakaian kerja menegur dan menghulurkan tangan bersalaman, "apa khabar cikgu, selamat hari raya, maaf zahir dan batin" Rupanya bekas muridku Safuan dan rakannya, yang sudah lupa namanya. Seronok bertemu bekas murid. Inilah keistimewaan menjadi guru, ada sahaja yang menegur tak kira di mana. Kami berbual seketika sebelum beredar ke destinasi masing-masing. Ikan tak dapat, dapat jumpa anak murid pun rezeki juga kan? Balik ke rumah di SEC Durian Tunjung, sempat membeli pisang untuk digoreng dan tiga ikat rambutan ranum...........Kena makan ikan beku di peti sejuk malam ini...

7 comments:

sonata anak kancil said...

Di pulau tengah lautan tak ade ikan? pelik - pelik.....mengalahkan kita yang dok di bandar ni....

Di sini, usah haraplah dapat ikan segar, semuanya ntah berapa hari punya ikan - berhari2 ke, seminggu ke tatau la....nak tak nak belilah jugak!!!

N Athirah Al-Labuani said...

ikan bukan tak ada.. ada tu mmg ada...
tapi, time2 raya ni, org tak jual ikan... ikan2 pun pergi beraya... so, pasarnya pun lengang...

SAHAR MISRON said...

Ya begitulah, ikan-ikan beraya di laut, nelayan semua cuti sakan.....Ikutkan hati pergi menjala atau memukat sendiri....tapi nanti orang kata pengetua buang tabiat pulak... makan ikan kering sahaja....atau ikan sardin sahaja, he he he...

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar - tak salah kalau nak pegi menjala /memukat...tak orang katanya! nak makan sendiri kan...

saya ada kenalan - dia pun keje di Jab Pelajaran Tawau - dia sangat suka memancing /ke laut untuk makan sendiri ... hu hu hu pegi Tawau - memang best makan ikan segar2! Dia boleh pos ikan segar & besar2 ke saya!

SAHAR MISRON said...

Nak menjala ke memukat.... mabuk laut daa...kena makan pil mabuk dulu..

Relevan said...

Salam en Sahar Misron..
Salam perkenalan daripada relevansokmo..

Heh heh..moh cari ikan patin cikgu..

SAHAR MISRON said...

Di Labuan susah mau cari patin, kat Pahang banyaklah.....tapi yang bela tak best, mau yang sungai/lubuk punya... sedap giler..