Tuesday, August 4, 2009

MINGGU INI NIKMAT BEREHAT

Minggu ini sejak balik dari IAB minggu lepas, Allah bagi anugerah sedikit, demam dan kurang sihat. Rupanya sakit ni anugerah yang tinggi nikmatnya, mungkin sudah penat bekerja, Allah bagi sedikit rehat di rumah. Aku hanya mengambil cuti rehat sejak hari Jumaat, Isnin dan Selasa ini. Walaupun ke hospital aku sengaja tidak minta MC, tidak mahu mencalarkan rekod MC yang bersih sejak tahun 1990-an dulu, lagipun cuti rehatku banyak lagi bakinya tahun ini, jarang diambil kalau tidak perlu sangat. Pagi Jumaat, pergi ke hospital Labuan mendapatkan rawatan, agak lewat, mak datuk ramainya orang, ramai yang suspect H1N1, pelajar UMS, Matrikulasi, SMS dan menengah biasa, aku menyelit. Memang badan demam, lemah pula dengan muntah dan batuk....Setelah mendapat ubat aku pulang. Paginya aku mohon CR kepada Pengarah, beliau banyak memberi nasihat dan minta aku ke hospital dapatkan rawatan, begitu juga isteriku dan anak-anakku. Aku maklumkan kepada PK 1 Puan Dona aku CR....berehat sahaja di rumah. Aku bersyukur sakitku di hujung minggu, tidaklah lama sangat bercuti. Tapi Isnin dan Selasa badan masih agak lemah walaupun muntah tidak lagi, aku mohon dua hari lagi CR kepada pengarah, beliau meminta aku banyak minum air suam, memang aku kehilangan berat badan hampir empat kg sejak sakit ni, slim sikit. Aku tidak berani menanggung risiko bermesyuarat di Jerantut dalam keadaan negara masih heboh dengan Selsema Babi ni, biarlah aku berehat sahaja di rumah walaupun tekak lain macam, makan pun kurang selera, agaknya selama ini dayh banyak makan, Allah suruh kurangkan makan. Syukurlah, sakit anugerah penuh nikmat hanya yang sakit merasainya, terimalah dengan ikhlas dan redha. Terima kasih kepada teman-teman yang mengambil berat hal kesihatan diriku. Nak jadi cerita malam Isnin anakku pula demam, esoknya aku bawa ke hospital, dek terlalu ramai, dia minta ke Klinik Swasta, klinik ayah kawan sekelasnya di bandar, dia dapat 2 hari MC, syukurlah dia menemankan aku di rumah, syukur juga sekarang dah ok dan selera makan.... Syukur kami tak ada apa-apa....Terima kasih seluruh keluarga serta rakan-rakan yang mendoakan aku sembuh cepat...

6 comments:

Carollyn W said...

semoga cpt sembuh :)
patut laa kereta cikgu pn tak nampk.
rupa nya MC.

ckgu tak pernah ambil MC sejak 1990-an ?

hebat ! :D

Meet Uncle Shah said...

Salam,

Rekod terbaik, tak penah MC sejak 90-an!

cikgu memang komited! ;p

amiechomel said...

hampir semua pengetua saya mcm tu, dari cikgu sahar, hj romeli dan dan hjh saadiah. hebat kan diorang ni semua? i tak leh jadi pengetua la, setahun berapa kali mc! hehehe... apa2 pun, ckg sahar, semoga cepat sembuh...

SAHAR MISRON said...

Semua dah ok, Alhamdulillah dah sihat, pagi ni ke pejabat dah.....Kenapa tak caya ke saya tak pernah ambil MC sejak 90-an?....masih bersih rekod kerana tiga hari ni ambil CR (cuti rehat), he he he... Doakan saya sihat selalu..Terima kasih atas sokongan kalian..Kepada anak-anak murid cikgu, kerja nanti jangan suka ambil MC tahu jadi "MC" macam cikgu Azimah tu tak apalah...

Norgadis said...

Alhamdulillah cikgu dah sihat. Saya tak dtg mesyuarat d rumah SU, rupanya cikgu pun tak dtg kerana demam. Bila terbaca blog cikgu dan dpt tahu cikgu dah sembuh, baru rasa lega... Apa pun jaga diri dan keluarga...

SAHAR MISRON said...

Terima kasih kepada Norgadis, ahli JK setia PERWILA, semoga kita semua sentiasa diberkati-Nya dan sihat selalu