Monday, August 24, 2009

BERBUKA PUASA DAN SAHUR DI LABUAN SEORANG DIRI

Tahun ini ketika cuti sekolah tiga anakku bercuti bersama ibunya di Kota Kinabalu, tinggallah aku seorang diri di rumah empat bilik ini, berbuka dan berpuasa seorang diri, bertemankan beberapa ekor kucing peliharaan, sunyi juga terasa....Kupenuhi malam-malamnya dengan Solat Terawih di Masjid Kerupang, ramai juga yang bersolat di sana. Di masjid dapat juga bertemu teman-teman yang sebahagiannya guru, sedang bercuti, manakala kawan lain sibuk bekerja, malam-malam begini bertemu mengeratkan silaturrahim sesama ummah. Petang pula mencari juadah berbuka plus sahur sekali, nak masak alang-alang pula. Biarlah anak-anak dara kami yang tiga orang itu berbuka dan bersahur bersama-sama ibunya pula, dua anak teruna kami di KL, pandailah mereka membawa diri.....Semoga seluruh keluarga mendapat barakah ramadhan, bersama-sama rakan-rakan serta umat Islam seluruhnya.

3 comments:

Norgadis Labuan said...

Kasihannya... berbuka dan bersahur sendirian... kenapa tak ikut anak-anak ke KK?

.:: Suhaidah Tan ::. said...

Salam cikgu...
Selamat berpuasa cikgu....
Alahai kesian nya cikgu puasa sorang...Talpe ikgu seminggu je..

SAHAR MISRON said...

Saya ke KK lambat sedikit, Khamis baru pergi.... kadangkala seronok juga, muhasabah diri, buat ibadat tanpa sebarang gangguan tapi kadangkala terlelap ke sahur selepas Terawih...